Barisan jentera Isuzu D-Max kini bersiap sedia untuk menggegarkan Borneo Safari ke-33, acara off-road paling ekstrem di Sabah! Tahun ini menandakan tahun ke-19 Isuzu kembali sebagai Penaja Mutiara, bukti komitmen kukuh jenama ini dalam dunia lasak 4×4.

Sebanyak lima unit D-Max X-Terrain dan dua unit D-Max Single Cab akan beraksi sebagai kenderaan media rasmi. Setiap satu tampil garang dengan pelekat bertemakan motif kuda bertenaga, melambangkan semangat kemajuan, kejayaan pantas, dan masa depan yang menjanjikan.

Konvoi jentera D-Max ini pastinya mencuri tumpuan apabila dilepaskan dari Jalan Gaya, Kota Kinabalu pada pagi Ahad, 26 Oktober 2025. Acara tahun ini bakal membawa peserta meredah kawasan mencabar antara Telupid dan Nabawan, dengan pelbagai rintangan ekstrem menanti.

Menariknya, konvoi turut singgah di Kampung Keramuak untuk menyampaikan sumbangan barangan keperluan rumah kepada keluarga setempat serta cenderahati buat kanak-kanak dan memperlihatkan sisi prihatin di sebalik kekuatan D-Max.

Jangan lepaskan peluang untuk ikuti pengembaraan lapan hari penuh aksi ini menerusi media sosial rasmi Isuzu D-Max Malaysia. Siap sedia untuk saksikan bagaimana jentera “raksasa” ini menakluk laluan paling mencabar di Sabah!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *