OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi melancarkan model SUV baharu mereka, JAECOO J8, yang disasarkan untuk pengguna yang mahukan kombinasi pengembaraan lasak dan keselesaan kelas pertama. Ia merupakan model kedua jenama ini selepas kejayaan J7 yang kini mencecah lebih 17,000 unit atas jalan raya tempatan.

JAECOO J8 tampil dengan reka bentuk yang teguh dan moden. Penggunaan gril “air terjun” yang menonjol, pemegang pintu tersembunyi hingga ke roda aloi 20 inci. Dengan panjang 4,820 mm dan jarak roda 2,820 mm, SUV ini menjanjikan kabin yang lapang dan selesa.

JAECOO J8 hadir dengan enjin 2.0L turbo yang menjana 183 kW dan 385 Nm, dipadankan dengan transmisi 8-kelajuan automatik. Ia ditawarkan dalam dua varian seperti pacuan dua roda (2WD) dan semua roda (AWD) dengan sistem pemvektoran tork pintar. Pecutan 0-100 km/j sekitar 8.8 saat (2WD) dan 9.0 saat (AWD), dengan penggunaan bahan api sekitar 7.8–8.1L/100km.

Konfigurasi tempat duduk untuk varian 5 & 6 sedikit berbeza. J8 AWD menampilkan susunan 6 tempat duduk (2+2+2) yang mewah, manakala 2WD pula menawarkan 5 tempat duduk dan ruang but yang lebih luas sehingga 2,021 liter apabila tempat duduk dilipat rata.

Ruang kabin mewah berteknologi tinggi untuk JAECOO J8 seperti:

  • Dua skrin 12.3 inci & Paparan HUD
  • Kerusi penumpang depan ‘Queen Seat’ boleh laras kaki
  • Fungsi urutan, pemanas, penyejukan & memori untuk tempat duduk
  • Sistem bunyi Sony 12-speaker (2WD) & 14-speaker (AWD)
  • Ambient lighting 256 warna
  • Pengecas telefon tanpa wayar 50W dengan pendingin terbina
  • Ciri Keselamatan & ADAS Tahap Tinggi
  • J8 AWD dilengkapi teknologi ADAS Tahap 2.5 seperti:
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Lane Change Assist, AEB, RTCA
  • Auto Park Assist & Event Data Recorder
  • Sistem brek elektronik OneBox untuk tindak balas pantas

SUV ini akan dipasang di kilang Chery Malaysia di Shah Alam, menandakan komitmen jangka panjang jenama ini di Malaysia. Harga rasmi untuk JAECOO J8 All Wheel Drive RM 198,800 dan untuk JAECOO J8 Two Wheel Drive RM 178,800. , namun penghantaran varian AWD dijangka bermula Julai 2025, diikuti oleh varian 2WD.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *