Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan Mercedes-Benz G 580 dengan Teknologi EQ. Model ini merupakan SUV ikonik G-Class elektrik sepenuhnya dengan kemampuan off-road. Hadir dengan empat motor elektrik berkuasa 587hp dan 1,164 Nm tork dan mampu memecut dari 0-100km/j hanya dalam 4.7 saat dan kelajuan maksimum sekitar 180km/j.

SUV ikonik G elektrik ini dikuasakan dengan pek bateri 116 kWh dan mampu menawarkan jarak gerak sejauh 473 km (WLTP). Mercedes-Benz G 580 EQ ini menyokong pengecasan AC 22 kW yang mengambil tempoh pengecasan 0-100% sekitar 12 jam, manakala pengecasan DC 200 kW untuk 10-80% hanya dalam 32 minit.

Ruang dalaman Mercedes-Benz G 580 ini memiliki reka bentuk klasik G-Class dan menerima beberapa sentuha moden seperti skrin berkembar 12.3 inci, Sistem audio premium Burmester 3D, Sistem infohibur belakang berasingan dan juga memiliki sokongan Apple CarPlay & Android Auto

Dari segi sistem keselamatan, Mercedes-Benz G 580 EQ ini turut dilengkapkan dengan sistem keselamatan yang canggih seperti ;-
– Active Distance Assist DISTRONIC
– Active Steering Assist
– Active Lane Keeping Assist
– Parking Package dengan kamera 360 darjah
– Sistem Pre-Safe
Walaupun Mercedes-Benz G 580 ini elektrik sepenuhnya, tetapi ia masih mampu memiliki prestasi off-road yang tiada kompromi. Sistem suspensi direka untuk menguasai laluan mencabar, bahagian hadapan memiliki sistem double wishbone dan pada gandar berlakang menggunakan sistem De Dion. SUV ikonik G elektrik ini memiliki jarak kelegaan tanah 250mm, dan mampu mengharungi air sehingga 850 mm. Mercedes-Benz G 580 elektrik ini juga berkeupayaan mendaki cerun pada sudut 35 darjah. Untuk sudut pendekatan pada 32°, sudut pelepasan sekitar 30.7° dan sudut breakover pada 20.3°

Sebagai SUV elektrik yang ikonik ini, Mercedes-Benz G 580 ini turut memiliki kebolehan tambahan seperti :-
– Fungsi merangkak (Crawl Mode)
– G-Turn (pusingan setempat)
– G-Steering (pusingan sempit)
– G-Roar (sistem bunyi artifisial)
– Sistem kamera pandangan tembus bonet
Yang menarik, Mercedes-Benz G 580 ini turut ditawarkan dengan edisi khas iaitu varian Edition One yang tampil dengan tiga warna eksklusif. Selain itu untuk varian Edition One ini terdapat jalur biru pada sisi badan, angkup brek berwarna biru, dan tulisan “Mercedes-Benz” pada bahagian hadapan.
Untuk pelanggan yang memiliki citarasa pilihan sendiri, Mercedes-Benz turut menawarkan program Manufaktur, dimana pelanggan boleh memilih pelbagai elemen tersuai seperti :-
– Warna badan khas
– Corak jahitan tempat duduk
– Material balutan panel dalaman
Harga rasmi untuk pasaran Malaysia ini termasuk dengan pemilikan wallbox Mercedes
G 580 with EQ Technology – bermula dari RM958,888
G 580 EQ Edition One – RM998,888