Armour All Kini telah melancarkan siri produk penjagaan kenderaan terbaharu mereka iaitu siri Armour All Podium. Kehadiran rangkaian produk penjagaan kenderaan berprestasi tinggi yang dibangunkan secara eksklusif bersama Oracle Red Bull Racing, pasukan Formula Satu juara dunia.

Pelancaran ini berlangsung dalam suasana penuh gaya di Elmina Lakeside Mall, yang turut dimeriahkan dengan cucian kereta percuma serta demonstrasi langsung kehebatan produk terbaru ini. Suasana santai tetapi premium ini berjaya menarik perhatian bukan sahaja peminat tegar kereta, malah seisi keluarga yang hadir menjadikan penjagaan kereta sebagai sebahagian gaya hidup.

“Rakyat Malaysia sangat menghargai kenderaan mereka, ia bukan sekadar untuk bergerak, tetapi sebagai cerminan gaya hidup dan personaliti,” kata Diane Lee, Pengarah Perniagaan bagi Malaysia, Singapura & Vietnam, Energizer Malaysia.
“Siri Podium ini direka untuk mereka yang mahu kereta kelihatan terbaik dengan usaha minimum. Penjagaan premium, sesuai untuk cuaca dan cara hidup Malaysia.”

Dibangukan menggunakan teknologi seramik hibrid SiO₂, produk dalam siri ini bukan sahaja tahan lebih lama, tetapi juga kalis air, kalis habuk dan perlindungan UV semuanya dalam satu rutin mudah yang sesuai untuk pengguna harian mahupun pemilik kereta berprestasi tinggi. Setiap produk Armour All Podium ini hadir dengan pembungkusan pintar termasuk botol PET yang mesra alam dan picu semburan tersuai yang menjadikannya bukan sahaja efektif tetapi juga praktikal.
Antara Hero Produk dalam Siri Armor All® Podium:
1. Hybrid Ceramic Wash & Shine
Buih pekat, bersih menyeluruh, dan hasilkan lapisan perlindungan kalis air berkilat.
2. Hybrid Ceramic Tire Shine
Tayar berkilat dan nampak baharu hingga 4 minggu!
3. Hybrid Ceramic Exterior Detailer
Menyerlahkan warna pada permukaan luaran termasuk pelekat & balutan vinil.
4. Interior Detailer
Bersih pantas, segar dan lindungi permukaan dalam, termasuk skrin dan panel kaca.
5. Hybrid Ceramic Protectant
Kurangkan habuk, lindungi dari sinar UVA & UVB sesuai untuk iklim tropika.
Siri Armor All Podium ini sudah tersedia di pasaran seluruh negara dan juga online. Siri Armor All® Podium kini boleh didapati di kedai-kedai terpilih seluruh negara serta platform dalam talian.
Maklumat lanjut, layari:
Instagram Armor All® MY
Facebook Armor All® MY
armorallpodiumseries.com
