Honda Malaysia secara rasmi telah melancarkan Honda e:N1 ke dalam pasaran Malaysia dengan harga pengenalan jualan RM 149,900. Honda e:N1 ini telah pun di pamerkan kepada awam semasa rerurai Kuala Lumpur Mobility Show 2024 yang berlangsung di Mitec Kuala Lumpur tahun lepas. Secara globalnya Honda e:N1 ini merupakan kenderaan elektrik penuh yang mampu mencapai jarak tempuh perjalanan sekitar 500km NEDC.

Dengan memiliki siluet mirip sama seperti Honda HR-V, Honda e:N1 memiliki ruang kelegaan tanah yang lebih rendah 142mm dan perbezaan pada Honda e:N1 ini adalah bahagian muka hadapan yang memiliki jeriji radiator tutup sepenuhnya. Di sebalik jeriji radiator tersebut memiliki port pengecasan yang. Selain itu, untuk membezakan model elektrik penuh adalah dari warna logo Honda bewarna putih sepenuhnya serta logo tulisan HONDA pada bahagian pintu belakang. Honda e:N1 ini turut menggayakan dengan jejari roda aloi dua tona berukuran 18 inci dan dipadankan dengan profil tayar 225/50/18.

Ruang dalaman Honda e:N1 ini tampil berbeza tidak sama seperti Honda HR-V. Papan pemuka yang telah direka semula dan menempatkan skrin sesentuh menegak dengan ukuran 15.1 inci dan memiliki ketersambungan seperti Apple Carplay serta Android Auto. Pemuka info meter Honda e:N1 ini juga berukuran 10.25 inci bagi memudahkan pemandu melihat maklumat dan prestasi kenderaan. Selain itu pada ruang konsol tengah juga direka semula dengan menggunakan suis butang tekan untuk pemilihan transmisi gear.



Honda e:N1 ini dijana dengan motor elektrik berkuasa 204 ps dan 310 Nm tork yang dipasangkan pada gandar hadapan dan mampu membuat pecutan 0-100 km/j dalam tempoh 7.7 saat, dan mampu mencapai kelajuan tertinggi sekitar 160 km/j. Dilengkapkan dengan pek bateri berkapasiti 68.8 kWh, Honda e:N1 mampu mencapai jarak perbatuan sehingga 412 km WLTP (500 km NEDC). Pek bateri ini memiliki sokongan pengecasan sehingga 78 kW DC yang mengambil masa sekitar 45 minit untuk mengecas dari kadar SoC 10%-80%, manakala untuk pengecasan AC 11 Kw yang mengambil masa sekitar enam jam.
Sistem keselamatan Honda Sensing seperti sistem amaran pelanggaran hadapan, sistem pengurangan pelanggaran, kawalan adaptif dengan kelajuan rendah, sistem amaran keluar lorong, sistem kawalan kekal lorong, sistem amaran kereta hadapan, dan kawalan lampu tinggi. Terdapat tiga warna yang ditawarkan tiga warna seperti Platinum White Pearl, Urban Gray Pearl dan juga Aqua Topaz Metallic. Yang menariknya, untuk warna luaran Aqua Topaz Metallic hadir dengan ruang dalaman bewarna kelabu.

Honda e:N1 hadir bersama lapan tahun jaminan atau 160,000km terhadap bateri dan hanya lapan pusat jualan bertauliah. Honda e:N1 RM 149,900