Perodua mempamerkan keratan separuh kenderaan elektrik yang bakal dilancarkan menjelang hujung tahun 2025 ini di pameran Malaysia Autoshow. Sebelum ini, Perodua hanya berkongsi perjalanan pembinaan model EV pertama mereka secara berperingkat dengan lakaran serta prototaip. Kini di pameran Malaysia Autoshow 2025 ini merupakan perjalanan terakhir untuk episod EV pertama Perodua.

Keratan separuh kenderaan elektrik Perodua ini menampilkan reka bentuk badan sebenar kenderaan EV, serta reka bentuk dalaman yang bakal digunakan dan ia juga bakal mencipta sejarah baru untuk Perodua kerana kenderaan EV ini boleh dikatakan pembangunan tempatan sepenuhnya.

“Paparan kami menyerlahkan keupayaan Malaysia dalam mengadaptasi dan mengasimilasikan teknologi EV sebagai teknologi tempatan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.

Selain itu juga, di ruang Pameran Perodua Malaysia Autoshow 2025 ini juga turut dipamerkan inisiatif Perodua bekerjasama bersama Politeknik Muadzam Shah dalam membangunkan prototaip kerja HEV/BEV tempatan. Didalam inisiatif ini juga terdapat kerjasama bersama Universiti Tempatan lain seperti UNITEN serta UniKL.

Perodua juga komited dalam mencapai sasaran karbon netural menjelang 2050 dengan memfokuskan pada usaha tenaga bersih dan inisiatif hijau dengan pengunaan tenaga solar serta gas asli untuk mengoperasikan sebahagian daripada kilangnya

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *