Sukan permotoran Malaysia kini melonjak ke tahap baru tahun 2025 ini dengan pelancaran GR86 Cup Malaysia Series. Siri perlumbaan ini dianjurkan oleh Haro Sports & Entertainment Sdn Bhd, dan GR86 Cup akan bermula sebagai perlumbaan sokongan semasa acara SUPER GT Malaysia dari 26 hingga 28 Jun 2025 di Litar Antarabangsa Sepang Petronas.

Pusingan pertama akan menampilkan dua perlumbaan sengit sebanyak 10 pusingan. Dua lagi pusingan akan menyusul, termasuk perlumbaan penutup epik sejauh 86 pusingan! Menurut Fahrizal Hasan, Rakan Kongsi Pengurusan Haro Sports, “Siri ini direka untuk mereka yang cintakan cabaran sejati. Kelajuan, kompetitif, dan mengutamakan kemahiran pemanduan

Sebanyak 30 buah kereta GR86 Cup ini ditawarkan, dan setiap kereta dibina khusus untuk litar sahaja dan mengikut piawaian SP1 Siri Kejuaran Malaysia 2025. Harga sebuah kereta GR86 Cup ini dijual dengan harga RM 208,315 dan kereta ini terus dihantar ke Sepang, dimana ia diimport terus dari Jepun.
Spesifikasi GR86 Cup ini adalah :
– Enjin 2.4L boxer dengan 228 HP & 250 Nm tork
– Berat sekitar 1290kg (termasuk pemandu)
– Kotak gear manual 6-kelajuan dengan klac perlumbaan Cusco
– Sistem pacuan roda belakang & LSD Torsen
– Ekzos penuh perlumbaan dari Fujitsubo
– Penyerap hentakan KW Racing & sistem suspensi TRD
– Brek Advics: 4-piston (depan) & 2-piston (belakang)
– Tayar Bridgestone Potenza RE-71RS 225/45R17
– Rim aloi tempa Raxer RP10X – ringan & tahan lasak
– Roll cage mengikut spesifikasi FIA dengan 6-point harness
– Sistem pemadam kebakaran
– Kerusi bucket perlumbaan Bride ZETA









