Proton e.mas7 merupakan kenderaan elektrik (EV) nasional pertama yang dilancarkan pada awal Disember tahun lepas dan ditawarkan dalam dua varian, iaitu Prime (RM105,800) dan Premium(RM119,800)

Pada tahun ini emas.7 merekodkan lrestasi jualan yang amat mengangumkan dan telah mendapat jolokan EV No 1 di Malaysia.

Baru baru ini penulis telah diberi peluang memandu uji kenderaan ini bagi varian Premium.

Sejujurnya penulis sependapat juga dengan rakan rakan permotoran yang lain mengenai rupa hadapannya yang amat bosan namun apabila melihat di bahagian belakang penulis terus terpesona melihat kekemasan lampu bahagian belakang.

Seterusnya memasuki sahaja ruang pemandu penulis terus diberikan keselesaan yang cukup luar biasa apa tidaknya kerusi didalam kenderaan ini menepati saiz dan ketinggian penulis.

Baik dihadapan mahupun dibelakang kedua kedua kerusi ini cukup selesa dan lebih menariknya bahagian bawah kerusi ini terasa begitu lebar dan panjang yang secara tidak langsung memberikan keselesaan.

Penulis tidak mahu mengulas mengenai kapasiti batteri dan sebagainya kerana penulis sudah pasti pembaca sudahpun tahu mengenainya.

Sesi pandu uji kalini penulis menekankan aspek keselesaan ruang kabin yang mana sebelum ini penulis banyak mendapat persoalan sama ada ruang kabinnya luas atau sebaliknya. 

Sekiranya dibanding kan dengan X70, emas.7 ini lebih lebar sedikit dan ruang kabinnya lebih luas dan menariknya terdpaat juga ruang ruang penyimpanan yang cukup luas. 

Setelah hampir lima hari memandu ujinya sudah pastinya ada kekurangan penulis rasakan dari aspek pemanduan adalah : 

  1. Tidak begitu mesra pengguna, tiada suiz untuk membuka bumbung suria
  2. Tiada suiz fizikal juga bagi kawalan serta penyelarasan ketinggian kesemuanya dibuat didalam IHU (Infotainment Head Unit)
  3. Tetapan kenderaan seperti mematikan Lane Keep Assist perlu dibuat setiap kali memandu termasuk juga penetapan lain
  4. Tiada Apple CarPlay Android Auto
  5. Translation di IHU mengelirukan

Namun dengan harga serta keselesaan ditawarakan penulis tidak lah berasa hairan mengapa kenderaan menguasai pasaran EV.

Jadi apa komen anda mengenai emas.7 ini.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *