Pasaran SUV bagu segmen D sekali lagi digegarkan dengan PROTON X90 yang menduduki tempat pertama bagi awal tahun ini. 

Menurut laman muka buku rasmi PROTON telah mengumumlan bahawa SUV mereka ini mendapat tempat pertama dalam pasaran dinegara kita.

Bagi penulis SUV ini sememangnya layak mendapat tempat berkenaan apa tidaknya dengan harga yang jauh lebih rendah dari pesaingnya ia tetap memberikan keselesaan serta kemewahan dan paling penting tahap keselematan yang cukup tinggi. 

Bagi penulis X90 ini boleh dikatakan “silent killer” terhadap pesaing dalam segmen SUV kelas D, namun harapan penulis agar pihak PROTON mempercepatkan proses  “Apple Car Play serta Android Auto” di SUV ini yang mana ia sekaligus akan meningkatkan lagi jualan. 

Akhirnya bagi penulis dengan tawaran teknologi serta ciri ciri keselamatan terkini, X90 ini amat berbaloi untuk dibeli dengan padanan harga yang ditawarkan.

Namun penulis mewakili “orang muda” mahukan sentuhan lebih “sporty” atau lebih tepatnya mahukan sentuhan dari R3, atau mungkin suatu hari nanti X90 ini ada version limited edition.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *