Stellantis Malaysia dan Public Bank bergabung tenaga melalui kempen ‘Paint the Town Green with EV Financing’ untuk mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia. Dalam kolaborasi ini, Public Bank menawarkan pembiayaan istimewa serendah 0.38% setahun khas untuk model EV baru Leapmotor C10.

Kempen ini datang tepat pada masanya, dengan bahagian pasaran EV Public Bank meningkat kepada 33.5% pada Februari 2025. Bank itu juga menyasarkan pelaburan RM100 bilion menjelang 2030 bagi menyokong inisiatif hijau, termasuk peralihan kepada mobiliti elektrik.

Leapmotor C10 pula bukan calang-calang EV – ia telah memenangi anugerah reka bentuk antarabangsa, dilengkapi bateri 69.9kWh dan motor elektrik 214hp yang mampu pergi sejauh 424km (WLTP) dalam satu cas. Tambah menarik, ia ada bumbung kaca panorama 2.1m², ciri keselamatan Euro NCAP 5-bintang, dan sistem pemanduan pintar Leap Pilot Level 2.

CEO Public Bank, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tay Ah Lek berkata mereka komited untuk menjadikan pemilikan EV lebih mudah diakses rakyat Malaysia. Manakala Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, Isaac Yeo, yakin kerjasama ini akan bantu lebih ramai rakyat beralih kepada mobiliti mesra alam.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *