Berita baik untuk petrolheads Malaysia! Bridgestone Malaysia baru sahaja melancarkan evolusi terbaru dalam siri Potenza, iaitu Bridgestone Potenza Adrenalin RE005. Tayar ini bukan sekadar pengganti, tapi satu peningkatan drastik untuk korang yang mahukan kawalan mantap, tak kira jalan kering atau basah.

Berbanding model terdahulu (RE004), Bridgestone telah menaik taraf prestasi tayar ini dengan angka yang cukup impresif:
- 8% Penambahbaikan Dry Grip: Lebih melekat di selekoh.
- 10% Penambahbaikan Wet Grip: Lebih yakin bila redah hujan lebat.
- Reka Bentuk Blok Lebar: Memastikan tekanan diagihkan sama rata untuk pengendalian lebih tepat.

Tayar ini mengekalkan identiti alur berbentuk “A” yang bukan saja nampak garang, tapi berfungsi memberikan maklum balas stereng yang pantas dan tepat, terutamanya di selekoh tajam. Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 kini hadir bersama dengan teknologi Rain Pulse Groove, air dibuang dengan lebih efisien untuk mengurangkan risiko hydroplaning. Ini dapat membantu pemandu mengawal kenderaan dengan lebih baik apabila hujan turun dengan tiba-tiba.
Bukan untuk kereta petrol je, Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 juga direka sesuai untuk kenderaan elektrik (EV). Ini kerana Bridgestone menggunakan sebatian getah canggihnya untuk membantu:
- Rendahkan Rolling Resistance: Membantu penjimatan bahan api/bateri.
- Tahan Lebih Lama: Penggunaan Multi-Round Block mengoptimumkan tekanan sentuhan untuk jangka hayat bunga tayar yang lebih panjang.

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 ini hadir dengan sebanyak 46 variasi saiz tayar yang bermula dengan ukuran 15 inci sehingga 20 inci. Harganya pula bermula daripada RM 351 sehingga lebih kurang RM1,543.

Kata Michael Chung, Pengarah UrusanBridgestone Malaysia “Potenza Adrenalin RE005 dibina dengan DNA motorsport Bridgestone untuk memberikan kawalan yakin dan keseronokan memandu yang sesuai dengan cuaca dan jalan raya di Malaysia.”