Porsche sekali lagi membuktikan bahawa kuasa elektrik bukan penghalang untuk menguasai litar ‘Green Hell’. Terbaru, Porsche Taycan Turbo GT dengan Manthey Kit secara rasmi menjadi kereta elektrik produksi terpantas di litar Nürburgring Nordschleife, memadamkan rekod lama dengan catatan masa luar biasa 6 minit 55.533 saat.

​Catatan ini bukan sahaja memecahkan rekod kategori ‘electric executive cars’ dengan perbezaan 9 saat, malah ia 12 saat lebih pantas berbanding rekod Taycan Turbo GT (Weissach Package) versi standard sebelum ini!

​Ini merupakan kali pertama Porsche memperkenalkan kit prestasi daripada pakar perlumbaan, Manthey, untuk model elektrik sepenuhnya. Sebelum ini, kit eksklusif ini hanya ditawarkan untuk model GT berenjin pembakaran dalam (ICE).

  • Aerodinamik Agresif: Downforce ditingkatkan sehingga tiga kali ganda! Pada kelajuan 200 km/j, ia menghasilkan 310 kg downforce (berbanding 95 kg pada model standard). Pada kelajuan maksimum 310 km/j, ia mencengkam litar dengan 740 kg downforce.
  • Peningkatan Kuasa: Output sistem ditingkatkan sebanyak 20 kW kepada 600 kW (815 PS). Tork maksimum kini mencecah 1,270 Nm!
  • Attack Mode Lebih Ganas: Fungsi overboost 10 saat kini memberikan lonjakan kuasa sehingga 730 kW (992 PS).

​Pemandu ujian Porsche, Lars Kern, menyatakan bahawa kestabilan kereta ini ketika membrek dan di selekoh berkelajuan tinggi jauh lebih meyakinkan. Di bahagian litar antara Lauda-Links dan Bergwerk, Taycan ini mencatatkan kelajuan 14 km/j lebih pantas berbanding rekod tahun lalu.

​Selain aspek kuasa, kit ini merangkumi:

  • Rim Ringan: Rim tempaan (forged) 21-inci rekaan Manthey yang lebih ringan 3 kg bersama skru titanium.
  • Tayar Semi-Slick: Dilengkapi tayar Pirelli P ZERO Trofeo RS yang lebih lebar.
  • Sistem Brek & Ampuan: Talaan khas untuk Porsche Active Ride dan sistem brek dengan pelapik (pads) berprestasi tinggi.

​Secara visual, Taycan Turbo GT Manthey Kit ini tampil lebih garang dengan komponen karbon gentian (exposed carbon) pada bahagian diffuser depan dan belakang, wing belakang yang lebih besar, serta aerodiscs karbon pada rim belakang untuk kecekapan aliran udara.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *