Aveta Motor Malaysia terus agresif dalam meningkatkan pengalaman pemilikan motosikal apabila mengumumkan peluasan rangkaian Aveta Care on Wheels, iaitu khidmat bantuan bergerak yang kini meliputi lebih banyak kawasan di Semenanjung Malaysia. Inisiatif ini jelas menunjukkan fokus Aveta bukan sekadar jual motosikal, tetapi memastikan pelanggan sentiasa ada sokongan selepas pembelian.

Dengan penambahan rangkaian ini, Aveta kini mempunyai enam unit khidmat bantuan bergerak hasil kerjasama dengan pengedar Preferred Plus. Apa maksudnya untuk pengguna? Tak perlu hantar motor jauh-jauh,bantuan boleh sampai lebih cepat dan membantu untuk mengurangkan downtime kalau motor ada masalah. Senang cerita, ini konsep “servis datang kepada anda”.
Antara pengedar yang terlibat:
KW Keat Wei Motor
→ Liputan Kedah termasuk Alor Setar + Perlis
CKT Motor
→ Sungai Petani, Pulau Pinang & Perak
NG Brothers Motor
→ Johor Selatan (Simpang Renggam hingga Johor Bahru)

Gabungan ini melengkapkan rangkaian sedia ada Aveta di kawasan Tengah, Melaka dan Pantai Timur.
Menariknya, bukan sekadar bantuan teknikal turut disediakan seperti Servis bergerak (mobile service)
Sokongan selepas jualan, Motosikal ihsan (loan bike), Ini antara benda yang jarang jenama buat secara serius dan merupakan satu kelebihan besar untuk pengguna harian yang bergantung pada motor.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Aveta, Steven Lim, fokus utama adalah memastikan pelanggan sentiasa rasa yakin sepanjang tempoh pemilikan. Pendekatan ini jelas menunjukkan Aveta sedang bina satu ekosistem lengkap, bukan sekadar produk.
TALIAN BANTUAN KHAS
Untuk sebarang bantuan:
📞 Aveta Careline: 012-503 5409

