OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi melancarkan JAECOO J5, SUV kompak segmen-B yang digelar sebagai ‘Urban Explorer’. Model ini hadir dengan gabungan gaya premium, teknologi canggih dan ciri keselamatan lengkap, menyasarkan golongan profesional muda serta keluarga moden bandar.
Pelancaran ini turut disempurnakan oleh Timbalan Menteri MITI, Sim Tze Tzin, yang menyifatkan kehadiran J5 sebagai bukti keyakinan pelabur antarabangsa terhadap ekosistem automotif Malaysia.



JAECOO J5 dipacu enjin 1.5-liter turbo empat silinder yang menghasilkan 147PS dan 210Nm, digandingkan transmisi CVT ke roda hadapan. Penggunaan bahan api serendah 6.4L/100km (MDC) membolehkannya menerima pensijilan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) seimbang antara prestasi dan ekonomi untuk kegunaan harian.



Dengan dimensi 4,380mm panjang dan jarak roda 2,620mm, J5 tampil kompak tetapi kukuh. Struktur badan menggunakan keluli tegangan tinggi dengan ketegaran kilasan 23,500 Nm/deg antara terbaik dalam kelasnya. Suspensi depan MacPherson dipadankan dengan multi-link belakang, menawarkan kestabilan lateral lebih baik berbanding set-up torsion beam biasa segmen ini. Rim 18-inci dua tona melengkapkan imej sporty premium.


Kabin Premium, Mesra Haiwan Peliharaan. Ruang dalaman memfokuskan keselesaan dan teknologi:
– Skrin infotainmen 13.2-inci 2K dengan Android Auto & Apple CarPlay tanpa wayar
– Paparan meter LCD 8.0-inci
– Sistem audio 8 pembesar suara
– Pengecas tanpa wayar 50W dengan ventilasi aktif
– Bumbung panoramik 1.45m² (antara terbesar dalam kelas)
– Kerusi depan berudara


Menariknya, upholsteri dalaman mendapat pensijilan TÜV dengan ciri antibakteria dan kalis calar dimana ia sesuai untuk pemilik haiwan peliharaan. Ruang but pula menawarkan 480 liter, boleh dikembangkan sehingga 1,284 liter.


JAECOO J5 hadir dengan pakej keselamatan lengkap termasuk:
– ACC (Adaptive Cruise Control)
– AEB (Autonomous Emergency Braking)
– LKA, LDP, LDW
– BSD & RCTA
– Traffic Jam Assist
– 540° HD Surround View Camera


Secara keseluruhan, terdapat 19 fungsi ADAS standard, menjadikannya antara SUV segmen-B paling lengkap dari sudut keselamatan aktif.



JAECOO J5 2WD ditawarkan pada harga bermula RM108,000 (OTR tanpa insurans).
Waranti: 7 tahun atau 150,000km (mana terdahulu).
Sempena pelancaran (5–15 Mac 2026), pelanggan terawal menikmati:
Rebat Duit Raya
Insurans tahun pertama percuma / tambahan rebat
Pakej Trio Aksesori (subwoofer, mikrofon karaoke tanpa wayar, lampu suluh pelbagai fungsi)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *