Jetour Malaysia akhirnya secara rasmi memperkenalkan model SUV terbaharu mereka untuk pasaran tempatan iaitu Jetour T2 2026. Model ini diposisikan sebagai SUV saiz pertengahan yang dibangunkan berasaskan seni bina unibodi Kunlun, dengan fokus kepada kemampuan pemanduan lasak ringan serta penggunaan harian yang praktikal. Untuk pasaran Malaysia, Jetour T2 ditawarkan pada harga bermula RM156,800.

Jetour T2 dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo yang dipadankan dengan transmisi DCT tujuh kelajuan. Enjin ini menghasilkan kuasa sekitar 241 hp pada 5,500 rpm serta daya kilas 390 Nm antara 1,750 hingga 4,500 rpm. Kuasa tersebut disalurkan ke semua roda menerusi sistem pacuan Intelligent XWD. Bagi meningkatkan kebolehan di pelbagai permukaan jalan, Jetour T2 turut dilengkapi tujuh mod pemanduan bersama mod adaptif X Mode.
Dari segi dimensi, Jetour T2 hadir dengan ukuran:
– Panjang: 4,785 mm
– Lebar: 2,036 mm
– Tinggi: 1,960 mm
– Jarak roda: 2,800 mm

SUV ini menggunakan suspensi MacPherson strut di bahagian hadapan serta multilink di belakang, menawarkan keseimbangan antara keselesaan dan kestabilan.
Untuk aktiviti off-road ringan, Jetour T2 menawarkan:
– Sudut pendekatan: 28 darjah
– Sudut pelepasan: 30 darjah
– Kelegaan tanah: 220 mm
– Keupayaan redah air: sehingga 700 mm

Antara elemen luaran yang menarik termasuk:
– Jeriji hadapan dengan tulisan JETOUR bercahaya
– Rim aloi 19 inci
– Sistem lampu LED penuh
– Tailgate dengan fungsi sedutan elektrik
– Ruang simpanan tayar pada pintu tailgate
Masuk ke ruang kabin, Jetour T2 tampil dengan susun atur moden serta pelbagai ciri teknologi.
Antara kelengkapan yang ditawarkan termasuk:
– Paparan kluster digital 10.25 inci
– Skrin infotainmen 15.6 inci
– Tempat duduk hadapan balutan leatherette dengan larasan kuasa, pengudaraan dan fungsi memori
– Bumbung kaca panorama
– Lampu ambien kabin
– Sistem audio Sony Premium dengan 12 pembesar suara
– Pengecas tanpa wayar 50W
Dari segi praktikaliti, SUV ini menawarkan ruang kargo sehingga 580 liter.

Untuk aspek keselamatan, Jetour T2 hadir dengan enam beg udara serta pakej 14 sistem bantuan pemandu (ADAS) Tahap 2.
Antara sistem yang disertakan ialah:
– Autonomous Emergency Braking (AEB)
– Integrated Cruise Assist (ICA)
– Blind Spot Detection (BSD)
– Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
– Intelligent High Beam Control (IHBC)
Turut disertakan ialah ciri bantuan pemanduan seperti:
Panoramic View Monitor (PVM)
Tyre Pressure Monitoring System (TPMS)

Jetour T2 2026 ditawarkan dengan tiga pilihan warna:
Khaki White
Aviation Silver
Carbon Black