Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat milik penuh pengeluar kereta nasional PROTON, hari ini secara rasmi melancarkan All-New Proton e.MAS 7 PHEV, model terbaharu dalam barisan Proton e.MAS yang memperkukuh strategi mobiliti lestari jenama ini menerusi teknologi hibrid plug-in yang canggih.

Tidak seperti model hibrid dan PHEV generasi terdahulu, All-New Proton e.MAS 7 PHEV dibangunkan dengan konsep elektrik sebagai teras utama.

Enjin petrol berperanan sebagai sokongan tenaga, dan hanya memacu roda apabila ia lebih efisien seperti semasa pemanduan di lebuh raya atau ketika memandu di laluan berbukit dalam jarak jauh.

Dibina di atas platform GMA yang moden, sistemnya direka dengan susun atur komponen yang lebih ringkas dan efisien, sekali gus memberikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar, jimat tenaga dan praktikal untuk kegunaan harian.

Pada masa yang sama, Proton e.MAS 7 PHEV menawarkan pemanduan elektrik yang disesuaikan denganpemanduan di Malaysia, menjadikan perjalanan harian, percutian hujung minggu serta perjalanan jarak jauh lebih lancar, praktikal dan memberi lebih keyakinan.

“All New Proton e.MAS 7 PHEV direka untuk membawa pemanduan elektrik lebih dekat kepada rakyat Malaysia secara praktikal dan mudah digunakan, tanpa menjejaskan keselesaan untuk perjalanan jarak jauh,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Mr. Zhang Qiang.

“Model dwi-kuasa ini memudahkan pemanduan elektrik untuk kegunaan harian dan sokongan hibrid memberikan keyakinan untuk ke mana sahaja perjalanan anda, seiring dengan visi kami untuk mobiliti yang lebih lestari dan boleh dimiliki oleh semua.

”Keistimewaan All-New Proton e.MAS 7 PHEV: Sistem Pacuan EM-iAll-New Proton e.MAS 7 PHEV dilengkapi Sistem Pacuan EM-i, yang direka untuk menekankan pemanduan elektrik dalam penggunaan harian, sambil beralih ke sokongan hibrid apabila diperlukan. Sistem ini menjamin pemanduan yang lancar, senyap dan cekap, menjadikan peralihan ke mobiliti elektrik sesuatu yang mudah dan menyeronokkan untuk dipandu.

Kenderaan ini dilengkapi dengan Transmisi Hibrid Khusus 11-dalam-1 (DHT) yang menguruskan penghantaran kuasa ke roda.

Berbeza dengan kotak gear konvensional, DHT tidak bergantung kepada pertukaran gear, sebaliknya dikawal secara automatik mengimbangi penggunaan kuasa elektrik dan petrol mengikut situasi pemanduan dengan paling cekap dan memberikan pengalaman pemanduan yang lancarEnjin petrol hibrid berperanan menyokong pemanduan elektrik dengan fokus kepada kecekapan.

Ia beroperasi di latar belakang dan akan diaktifkan apabila diperlukan, seperti memandu perjalanan jauh atau pemanduan berkelajuan tinggi dani membantu sistem elektrik sambil mengekalkan penggunaan bahan api yang rendah.

Harga bermula dari RM109,800 bagi varian PRIME, RM123,800 bagi varian PREMIUM dan RM129,800 bagi varian PREMIUM PLUS.

• Tempahan kini dibuka dengan yuran tempahan hanya RM99, lengkap dengan harga pelancaran khas sehingga RM4,000

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *