Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan Mercedes-Maybach EQS 680 SUV mewah dalam pasaran Malaysia dengan tawaran dua varian. Model Mercedes-Maybach EQS 680 SUV ini dilengkapkan dengan aksesori premium tertinggi oleh Maybach serta menerima kemasan warna badan dua tona yang dicat secara manual menggunakan tangan.

Mercedes-Maybach EQS 680 SUV ini memiliki tren kuasa elektrik sepenuhnya dengan dikuasakan oleh dua motor elektrik yang mampu menghasilkan 658hp dan 950Nm tork. SUV mewah ini turut dilengkapkan dengan pek bateri berkapasiti 118kWh yang menawarkan jarak gerak pemanduan di antara 500 hingga 608km dengan sekali cas penuh.

Sesuai dengan pengayaan premium mewah Maybach ini, Mercedes-Maybach EQS 680 SUV ini turut menggunakan roda aloi Maybach berukuran 21 inci. Selain itu turut dilengkapkan dengan sister gantungan AIRMATIC untuk memberi keselesaan optimum semasa pemanduan. Mercedes-Maybach EQS 680 SUV ini juga memiliki sistem kawasan stering roda belakang.

Ruangan dalaman kabin Mercedes-Maybach EQS 680 SUV ini menggunakan pakej kulit upholsteri MANUFAKTUR dan tempat duduk belakang yang boleh dilaras serta dilengkapkan dengan pemanas dan urutan. Selain itu juga di tempat duduk belakang turut dilengkapkan dengan peti sejuk kecil.

SUV mewah premium Mercedes-Maybach EQS 680 ini turut memiliki sistem bantuan pemanduan seperti; Active Lane Assist, Driving Assistance Package Plus dan 11 beg udara.
Mercedes-Maybach EQS 680 SUV ini dijual dengan harga RM 1,088,888