Peugeot kini hadir ke pasaran Malaysia dibawah naugan Stellantis Malaysia. Kehadiran Stellantis ke Malaysia dengan jenama Peugeot telah melancarkan model Peugeot 408 ke pasaran Malaysia. Baru-baru ini penulis berpeluang untuk memandu uji Peugeot 408 GT. Pada pandangan penulis, reka bentuk Peugeot 408 ini seperti sebuah sedan tetapi yang memiliki siluet coupe, dan yang paling unik sebenarnya model ini merupakan model crossover.

Dari segi rekaan serta pengayaan luar Peugeot 408 GT ini mampu memukau, dan memang tidak dapat dinafikan ia model ini memiliki rekaan yang cukup unik dan berseni. Pada bahagian hadapan Peugeot 408 GT ini memiliki lampu nyalaan siang yang kebawah, ia seakan-akan memberi tahu bahawa seekor singa garang sedang menguasai laluan ini. Peugeot 408 GT ini memiliki dimensi 4,687mm panjang dan reka bentuk seperti fastback ataupun coupe, kemudian lebar 1,859mm dan juga tinggi sekitar 1,487mm. Jarak roda pula disekitar 2,787mm.

Jika kita lihat keseluruhan rekaan Peugeot 408 GT ini, memang akan nampak banyak lekuk-lekuk tajam. Mungkin pereka kereta ini menampilkan “Bold Statement” bahawa sebenarnya Peugeot 408 ini banyak mengambil inspirasi daripada logo Peugeot sendiri seperti seekor singa. Jika kita lihat lekuk spoiler belakang nampak seakan telinga singa.

Walaupun Peugeot 408 ini memiliki reka bentuk fastback mahupun coupe, tetapi ruang bagasi belakang Peugeot 408 ini berkeluasan 536 liter, dan jika tempat duduk belakang di rebahkan, maka kapasiti ruang meningkat sehingga 1,583 liter. Penulis sangka dari luar seperti ditipu pula, tapi rupanya di bahagian dalam luas.

Untuk varian penulis pandu uji ini, Peugeot 408 GT didatangkan dengan enjin 1.6 liter turbo PureTech yang berkemampuan menghasilkan kuasa sekitar 218 PS pada 5,750 RPM dan 300 Nm tork pada 2,000 RPM. Enjin ini juga digandingkan bersama transmisi automatik lapan kelajuan.

Ruang dalaman Peugeot ini sekali lagi memukau penulis seperti terasa macam dalam mimpi. Sebenarnya yang cukup memukau penulis adalah penetapan grafik papan infometer yang cukup unik dan menarik, dimana penulis rasa tiada jenama lain yang menggunakan pendekatan kaedah paparan infometer seperti di beberapa lapis cermin dan membuatkan ia seperti paparan 3D. Selain itu juga, Peugeot 408 ini tidak memiliki tombol gear pilihan, akan tetapi hanya menggunakan button-button pilihan.

Tidak ketinggalan skrin sesentuh berukuran 10″ pada bahagian infotaimen dengan penetapan mudah pengguna ini juga mampu memikat penulis dengan keunikan kereta ini. Dari aspek keselamatan turut tidak ketinggalan seperti :

– AEB

– ESP dengan bantuan mendaki

– Pengesan papan tanda grafik

– Sensor tayar

– Sensor parking depan belakang

– kamera 360 darjah

– peninjau titik buta

– Amaran lintasan trafik belakang.

– 6 beg udara

Jadi, jika anda merupakan seorang yang unik, ini adalah sepatutnya menjadi kenderaan pilihan korang.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *