Volvo Car Malaysia akhirnya membuka lembaran baharu dalam sejarah elektrifikasi tempatan dengan pelancaran Volvo ES90, sedan elektrik premium pertama jenama itu, dan lebih menarik, ia dipasang secara tempatan (CKD) di Shah Alam. Sebagai model flagship baharu, ES90 bukan sekadar menggantikan peranan S90, tetapi mewakili hala tuju Volvo yang lebih progresif yang merupakan elektrik sepenuhnya, berteknologi tinggi dan fokus kepada keseimbangan antara prestasi, keselesaan serta kelestarian. Harga bermula RM339,888, dengan insentif early-bird 2% untuk 100 unit pertama sehingga 31 Mac 2026.



Dari sudut reka bentuk, ES90 tidak tampil seperti sedan konvensional. Profil sisi memperlihatkan gabungan karakter fastback dan praktikaliti SUV, disokong oleh ketinggian sedikit tinggi untuk posisi pemanduan yang lebih yakin dimana ia sesuatu yang jarang ditawarkan oleh sedan premium.
Rekaan hadapan masih kekal dengan identiti Volvo menerusi lampu LED Thor’s Hammer, manakala bahagian belakang tampil lebih futuristik dengan lampu C-shape LED dan pencahayaan tambahan pada cermin belakang, menghasilkan animasi “welcome & farewell” yang unik.


Empat pilihan warna ditawarkan:
– Vapour Grey
– Crystal White
– Denim Blue
– Onyx Black

Di sebalik rekaan minimalis itu, ES90 dibina di atas platform SPA2 dengan seni bina 800-volt, menjadikannya antara EV paling maju pernah dihasilkan oleh Volvo.



– 10–80% pengecasan hanya ~22 minit (DC 350 kW)
– Jarak pemanduan sehingga 651 km (WLTP)


Dalam konteks Malaysia, ini bermaksud perjalanan KL–Pulau Pinang atau KL–Johor Bahru boleh dibuat tanpa “range anxiety”, satu faktor penting bagi pemilik EV premium. Dari segi prestasi, ES90 memecut 0–100 km/j dalam 6.6 saat dan bukan untuk mengejar angka ekstrem, tetapi selari dengan falsafah Volvo yang mengutamakan ketenangan dan keseimbangan.

Masuk ke dalam, pendekatan Volvo jelas dengan ruang dalaman yang senyap, lapang dan fokus kepada kesejahteraan penumpang. Jarak roda 3.1 meter memastikan ruang kaki baris kedua sangat selesa, sementara susun atur kabin mencipta suasana seperti ruang tamu Scandinavia.

– Upholsteri Nordico ventilated (mesra alam)
– 6 tema pencahayaan ambien
– Bumbung panoramik electrochromic (perlindungan UV 99.9%)
– 4-zon kawalan pendingin hawa + penapis udara PM2.5


Untuk audio, Volvo tidak berkompromi dan menyedikan sistem Bowers & Wilkins dengan 25 pembesar suara, 1,610 watt, Dolby Atmos, lengkap dengan mod Abbey Road Studios untuk pengalaman bunyi ala studio rakaman legenda. Volvo ES90 ialah model pertama Volvo yang menggunakan NVIDIA DRIVE AGX Orin, mampu memproses trilion operasi sesaat. Ia menjadi “otak” utama kenderaan dan membantu mengawal sistem keselamatan, bantuan pemanduan dan pemprosesan data sensor. Dipadankan dengan:
– Google built-in (Maps, Assistant, Play Store)
– Skrin tengah 14.5 inci
– Paparan pemandu 9 inci + HUD
– Sistem 5G berasaskan Snapdragon Cockpit Platform
– Kamera 360° dengan paparan 3D


Lebih penting, ES90 dibina atas Superset Technology Stack, membolehkan ciri dan prestasi ditambah baik melalui kemas kini OTA dan menjadikan kereta ini relevan untuk jangka panjang. Sebagai Volvo, aspek keselamatan kekal keutamaan mutlak. ES90 dibangunkan mengikut Volvo Cars Safety Standard, melebihi keperluan ujian rasmi.


Sistem keselamatan merangkumi:
– Struktur badan keselamatan tinggi
– 5 radar, 7 kamera, 12 sensor ultrasonik
– Sistem pemahaman pemandu (driver understanding)
– Amaran buka pintu untuk lindungi penunggang basikal & pejalan kaki


Pendek kata, ES90 bukan sekadar melindungi penumpang — tetapi juga pengguna jalan raya di sekelilingnya. Walaupun bergelar sedan premium, ES90 kekal praktikal dengan kemudahan seperti ruang
boot 424 liter sehingga 904 liter dengan kerusi belakang dilipat (40:20:40) serta Frunk 27 liter untuk kabel pengecas. Pintu belakang jenis hatch yang besar memudahkan urusan harian


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *