Porsche Malaysia, melalui Sime Darby Auto Performance (SDAP), secara rasmi memperkenalkan generasi baharu Porsche 911 GT3 dan 911 GT3 Touring di Litar Antarabangsa Sepang. Pelancaran turut diserikan dengan kehadiran duta jenama Porsche, Jörg Bergmeister, bersama pelanggan, media dan peminat sukan permotoran tempatan.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1999, 911 GT3 dikenali sebagai model yang menggabungkan DNA perlumbaan dengan kepraktisan harian. Buat pertama kali, dua varian ditawarkan serentak di Malaysia dimana 911 GT3 dengan sayap belakang tetap yang lebih agresif, dan 911 GT3 Touring yang tampil dengan rekaan lebih ringkas tanpa sayap belakang.
Hadir dengan enjin 4.0L Naturally Aspirated dengan Nisbah Gear Lebih Pendek, Kedua-dua varian dikuasakan enjin 4.0 liter flat-six naturally aspirated, menghasilkan 510 PS dan 450 Nm. Ia dipadankan dengan pilihan transmisi PDK 7-kelajuan atau manual 6-kelajuan GT, kini dengan nisbah gear akhir 8% lebih pendek berbanding model terdahulu.
0–100 km/j: 3.4 saat (PDK) / 3.9 saat (manual)Kelajuan maksimum: 311 km/j (PDK) / 313 km/j (manual)Suspensi turut ditala semula dengan teknologi anti-dive untuk kestabilan ketika membrek, manakala talaan damper baharu meningkatkan kawalan ketika melalui bonggol atau kerb di litar.

Rekaan dan Aerodinamik Diperbaharui model baharu ini menampilkan diffuser depan yang dipertingkat, spoiler lip baharu serta sirip bawah badan yang meningkatkan aliran udara dan daya turun (downforce). Lampu utama kini menggunakan teknologi Matrix LED dengan opsyen cincin putih eksklusif.
Varian Touring pula mengekalkan garis badan 911 yang lebih klasik, menggantikan sayap tetap dengan spoiler aktif boleh laras. Buat pertama kali, ia juga boleh dilengkapi dengan tempat duduk belakang opsyenal, menjadikan model ini lebih praktikal untuk kegunaan seharian.

Fokus rekaan ringan prinsip lightweight design terus diperluas pada GT3 generasi baharu. Rim aluminium ringan menjimatkan lebih 1.5 kg setiap satu, manakala rim magnesium dalam pakej Weissach atau Leichtbau mampu mengurangkan sehingga 9 kg. Bateri lithium-ion 40Ah pula menyingkirkan kira-kira 4 kg lagi, menjadikan berat keseluruhan serendah 1,420 kg dalam konfigurasi paling ringan.
Kabin berorientasikan pemandu bahagian dalam mengekalkan karakter 911 moden dengan beberapa elemen unik GT3. Panel instrumen digital hadir dengan mod “Track Screen”, yang memaparkan data penting seperti suhu minyak, tekanan tayar serta shift flash pada takometer yang berputar sehingga 9,000 rpm.

Tempat duduk sports bucket CFRP ditawarkan sebagai opsyen, lengkap dengan fungsi lipat untuk akses mudah ke ruang tempat duduk belakang pada varian Touring.
Pakej Eksklusif untuk Penyesuaian Weissach Package (GT3): Komponen CFRP, rim magnesium, kemasan dalaman Race-Tex. Leichtbau Package (Touring): Rim magnesium, panel pintu ringan serta gear lever pendek daripada 911 S/T. Clubsport Package (GT3 dengan sayap): Roll cage keluli, harness 6-poin dan alat pemadam api (tanpa caj tambahan)
Jam Tangan Eksklusif Porsche DesignKhusus untuk pemilik, Porsche Design menawarkan 911 GT3 Chronograph yang diinspirasikan terus daripada reka bentuk kereta ini. Ia menggunakan pergerakan automatik COSC WERK 01.200 dengan fungsi flyback, selain kemasan titanium ultra ringan.

Harga di Malaysia Porsche 911 GT3 dan 911 GT3 Touring kini ditawarkan pada harga bermula RM2,290,000 sebelum opsyen tambahan. Maklumat lanjut boleh diperoleh di pusat Porsche terdekat.