iCAUR Malaysia hari ini lancar iCAUR 03, SUV elektrik segmen-C yang diangkat sebagai SUV BEV pengembaraan pertama kat Malaysia.

Jika EV yang berada di pasaran sebelum ni banyak fokus pada gaya urban, iCAUR datang dengan tagline “Born to Play” / “Sedia Mengembara”. Senang cerita, kereta ni bukan setakat untuk masuk mall cuci tayar, tapi direka untuk orang yang ada jiwa adventure, nak rempuh laluan tak rata, nak jadi lain dari yang lain.

iCAUR 03 ni berdiri dengan dimensi 4,406 mm panjang, 1,910 mm lebar, 1,715 mm tinggi dan wheelbase 2,715 mm. Badan dia nampak tegap dengan rekaan i-BOX, garis tajam, lampu LED garang, pendekatan 28°, departure angle 32° dan boleh panjat cerun 55%. Senang kata, SUV ni nampak memang bersedia nak daki bukit, bukan setakat naik divider.

Chassis monocoque aluminium dengan jaminan antikarat 30 tahun, torsional rigidity 31,882 Nm boleh dikatakan lebih keras daripada banyak sportscar moden. Tambah lagi dengan battery shield 4 lapis, siap lapisan seramik suhu tinggi dan plat aluminium 10mm. iCAUR jelas nak bagi keyakinan lebih bila redah laluan lasak.

2WD: motor belakang 135 kW (184 PS), tork 220 Nm, bateri 65.7 kWh LFP, jarak 426 km (NEDC).

iWD (pacuan pintar AWD): dua motor, 205 kW (279 PS), 385 Nm, bateri 69.8 kWh, jarak 418 km.

Kedua-dua versi sokong pengecasan pantas DC 80 kW, AC 6.6, plus ada fungsi V2L 3.2 kW boleh jadi powerbank gergasi untuk camping, dengan kebolehan ini, nak masak maggi guna induction cooker tepi sungai pun boleh.

Standard dengan ADAS Level 2 seperti AEB, ACC, Lane Keep, Blind Spot, RCTA, siap amaran pintu. Hadir dengan enam beg udara. Sistem iROAD bagi 10 mod pemanduan ikut permukaan jalan, suspensi multi-link belakang lengan-H tegar untuk lebih smooth bila redah off-road.

Dalam cabin, ada skrin tengah HD besar powered by Qualcomm Snapdragon 8155, panel meter digital 9.2 inci, Android Auto/Apple CarPlay, sistem audio INFINITY 12 speaker (versi iWD). Seat depan ada ventilated tambah fungsi massage, seat belakang pun ventilated. Boot 450L boleh expand jadi 1,238L, plus ada extra cargo box 40L pada pintu belakang.

iCAUR 03 dijual dengan harga RM119, 800 untuk varian 2WD dan manakala untuk varian IWD pada harga Rm129,800. Ada lima warna yang ditawarkan seperti, Perak, Kelabu, Putih, Hitam & Hijau Aurora.

Untuk memberikan nampak lebih hardcore, boleh tambah pakej Edisi Black Phantom dimana nilai tambah selitar RM20,000 dimana akan menerima bodykit eksklusif, roof rack dan side ladder.

Waranti bateri panjang, waranti kereta pun ada. Tambah dengan program insurans iCARE kerjasama Allianz, Etiqa, Zurich dan lain-lain. Selain itu juga perlindungan ini turut melindungi wallbox charger & portable charger.

Untuk awal ni, iCAUR 03 masuk sebagai CBU, manakala CKD akan mula Januari 2026 kat kilang Chery di Shah Alam. iCAUR Malaysia juga bakal buka 18 pusat jualan & sembilan pusat servis menjelang September 2026, termasuk Sabah & Sarawak.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *