Proton e.MAS 7 mencatatkan lebih 5,500 tempahan sejak mula dibuka dan lebih 1,800 unit telah diserahkan.

Sejak ia diperkenalkan kenderaan EV peratama Proton ini telah berjaya menambat hati serta menarik perhatian pembeli di Malaysia.

Gabungan ciri praktikal, teknologi terkini dan nilai yang hebat menjadikan SUV ini antara kenderaan elektrik yang paling hangat diperkatakan di negara ini.

“Kejayaan e.MAS 7 membuktikan bahawa gabungan kepakaran global dalam kenderaan elektrik dan pemahaman mendalam terhadap keperluan lokal mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

“Kami telah memperkenalkan sebuah kenderaan yang mempamerkan keperluan dan aspirasi pemandu di Malaysia yang lebih praktikal, berprestasi tinggi, dan sesuai untuk kegunaan harian,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET dalam satu kenyataan media hari inj

Emas.7 ditawarkan bermula dari RM105,800* untuk varian Prime dan RM119,800* untuk varian Premium, ia menawarkan nilai luar biasa dengan spesifikasi terbaik dalam kelasnya.

Ia kini tersedia di 31 cawangan Proton e.MAS di seluruh negara.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *