Continental Tyres melancarkan UltraContact UX7, tayar baharu khas untuk SUV, direka bagi memenuhi keperluan pemanduan di kawasan bandar dan pengembaraan luar jalan. Menyedari pertumbuhan pesat pasaran SUV, tayar ini menawarkan gabungan keselamatan, ketahanan dan keselesaan yang unggul melalui teknologi SUV Confidence+.

Ciri Utama UltraContact UX7:
- Keselamatan Maksimum:
X-Force Macroblocks meningkatkan kawasan sentuhan tayar dengan jalan, memberikan pengendalian dan kestabilan mantap termasuk di selekoh dan permukaan tidak rata.
Adaptive Diamond Compound dengan kandungan silika khas mengurangkan jarak membrek di jalan kering dan basah. Aqua Channel mempercepatkan pengaliran air, mengurangkan risiko aquaplaning.

- Ketahanan Luar Biasa:
Robust360 Construction menampilkan tali pinggang keluli bertetulang untuk menyerap hentakan serta mengurangkan risiko kerosakan. Struktur polimer bertaut dalam Diamond Compound meningkatkan ketahanan terhadap rekahan dan serpihan, sesuai untuk laluan berbatu atau bertanah.

- Pemanduan Senyap:
Rekaan bunga tayar yang tepat mengurangkan getaran. Noisebreaker 3.0 memecah gelombang bunyi, menjadikan kabin lebih senyap – sesuai untuk SUV elektrik yang tiada bunyi enjin.
UltraContact UX7 akan mula dijual pada suku kedua 2025 dalam saiz 15” hingga 22”, sesuai untuk SUV sederhana hingga premium. Boleh didapati di kedai Continental terpilih dan platform dalam talian seperti Shopee, Lazada dan TnG e-Wallet.