Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) telah memperkenalkan Defender V8 di pasaran tempatan — sebuah SUV mewah berprestasi tinggi yang menggabungkan kehebatan enjin, reka bentuk mewah dan teknologi canggih, sekali gus menetapkan penanda aras baharu dalam segmennya.
Ditawarkan dalam dua varian:
Defender 110 V8 – Enjin 5.0L supercharged V8, 525PS, tork 625Nm, 0-100 km/j dalam 5.4 saat.
Defender 130 V8 – Enjin 5.0L supercharged V8, 500PS, tork 610Nm, 0-100 km/j dalam 5.7 saat.

Kedua-duanya menampilkan empat paip ekzos luar (quad outboard exhaust pipes) yang menghasilkan deruman V8 yang unik dan garang, menonjolkan identiti tersendiri Defender V8.
Reka bentuk dalaman premium dan fleksibel:
Defender 110 V8: Tempat duduk belakang boleh dipanaskan (40:20:40), boleh lipat, dan hadir dengan alas lengan tengah.
Defender 130 V8: Susun atur 8 tempat duduk dengan tempat duduk baris ketiga, lipatan 40:20:40, serta fungsi geluncuran dan sandaran manual — sesuai untuk pelbagai gaya hidup dan keperluan kargo.

Harga bermula dari:
RM998,000 (tanpa cukai) untuk Defender 110 V8
RM1.198 juta (tanpa cukai) untuk Defender 130 V8
Untuk maklumat lanjut dan harga termasuk cukai, hubungi JRLM Ara Damansara di +603-7651 2000 atau lawati www.landrover.com.my.