JAECOO Malaysia hari ini telah mempamerkan secara umum SUV kegunaan lasak Premium JAECOO J8 untuk pasaran Malaysia. JAECOO J8 ini merupakan model SUV lasak premium yang mengekalkan intipati jenma JAECOO ‘From Classic Beyond Classic’. JAECOO J8 ini dikuasakan dengan enjin 2.0 liter turbo,suntikan terus,empat silinder sebaris yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 183kW dan 385Nm tork.

SUV Premium lasak ini menggunakan transmisi automatik lapan kelajuan, dan memiliki tangki kapasiti sebanyak 65 liter. JAECOO J8 ini memiliki ketinggian 1.71 meter, lebar 1.93 meter dan 4.82 meter panjang serta jarak antara roda di antara 2.82 meter. SUV JAECOO J8 ini ditawarkan dengan dua varian seperti JAECOO J8 pacuan dua roda yang menampilkan konfigurasi lima tempat duduk, manakala varian pacuan semua roda (AWD) tampil dengan enam tempat duduk.
Dengan kebolehan untuk kegunaan lasak serta kegunaan dalam bandar, JAECOO J8 ini dilengkapkan dengan teknologi Continuous Damping Control (CDC) atau Kawalan Redaman Berterusan dari JAECOO yang digabungkan dengan sistem suspensi varian AWD. SUV Premium lasak ini berkebolehan mengharungi air sedalam 450mm yang serasi untuk pengembaraan lasak.

Kedua-dua varian memiliki ruang kapasiti ruang but sebanyak 738L dan 200L. Bahagian paparan media 12.3 inci, kamera panromik 540 darjah, dan pelbagai ciri premium ekslusif untuk setiap varian. Untuk varian J8 2WD menampilkan sistem audio yang merangkumi 12 pembesar suara jenama Sony, enam beg udara, pengcahayaan ambien dan upholsteri kulit buatan.
Untuk JAECOO J8 AWD pula menampilkan sistem audio yang merangkumi 14 pembesar suara jenama SONY, termasuk pembesar suara yang dipasangkan pada bahagian sandaran kepala, 10 beg udara, pintu berkuasa dan sistem pewangi automatik. Varian ini juga dilengkapkan dengan Near Field Communication (NFC) untuk memberi akses tanpa kunci.

Dari aspek keselamatan, JAECOO J8 AWD ini dilengkapkan dengan fungsi perakam video digital (DVR) yang terbina dalam serta fungsi keupayaan parkir secara automatik. Untuk keselesaan penumpang JAECOO J8 AWD dilengkapkan dengan tempat duduk baris belakang dengan ciri mengurut serta rona langsir. Bahagian kabin juga dilengkapi dengan upholsteri kulit tulen dan hiasan panel suede
Untuk varian 2WD ditawarkan dengan warna Carbon Crystal Black, Khaki White dan Olive Grey. Sementara itu varian AWD tersedia dalam dua tona untuk pilihan warna yang sama.

JAECOO J8 2WD RM 195,000 (anggaran)
JAECOoo J8 AWD RM 220,000 (anggaran)
