Evolvelectric Motors Sdn Bhd telah memperkenalkan barisan trak pikap JAC T9 di Malaysia Dengan menampilkan varian enjin pembakaran dalaman (ICE) dan juga model Battery Electric Vehicle (BEV).


Kehadiran trak pikap JAC T9 ini meletakkan tanda aras baharu bagi pasaran trak pikap di Malaysia dengan menawarkan kombinasi gaya yang menawan serta ruang dalaman yang dan hadir dengan teknologi canggih.

JAC T9 2.0 diesel ini merupakan satu-satunya trak pikap di Malaysia yang mencapai penarafan lima bintang bagi ujian keselamatan Australian New Car Assesement Program (ANCAP) yang mengikuti piawaian protokol terkini.


Ruang dalaman JAC T9 ini memiliki ciri kenderaan mewah yang menawarkan skrin sesentuh 10.4 inci dengan ketersambungan Apple Car Play dan Android Auto. Selain itu luster meter instrumen berukuran 7 inci dan di bahagian papan pemuka dilengkapi dengan lampu ambient 64-warna. JAC T9 ini menawarkan empat mood pemanduan pilihan seperti Eco, Normal, Sport, dan Snow. Selain itu JAC T9 dilengkapkan dengan Advanced Driving Assistance System (ADAS) Tahap 2.


Untuk varian diesel JAC T9 ini dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman 2.0 Liter empat silinder turbo diesel yang menjana sebanyak 125kW dan 410Nm dari 1,500rpm hingga 2,500rpm. Digandingkan bersama transmisi automatik lapan kelajuan dari ZF.


JAC T9 BEV 4×4 pula dikuasakan oleh bateri LFP 88kWh dari pada Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL) yang memberikan jarak pemanduan sekitar 340 km mengikuti taraf WLTP dengan satu pengecasan penuh. Menggunakan tetapan dua motor dengan janaan kuasa keseluruhan 220kW dan jumlah tork sebanyak 516Nm dan berkebolehan mencapai kelajuan maksimum 140km/j.


Varian BEV ini mampu menampung pengecasan pantas DC sehingga 88kW yang membolehkan bateri ini dicas dari 15%-80% dalam MASA 45 minit. Untuk pengecasan AC pula berkemampuan mengecas dari kadar bateri 15%-100% dalam masa sekitar 8 jam 30 minit.


Harga jualan bagi :

  • JAC T9 Diesel : RM119,888
  • JAC T9 BEV : RM 199,888

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *