Dari dunia hiburan ke dunia automotif! Pelakon dan penyampai radio popular Johan kini rasmi buka pusat pameran motosikal elektrik (EV) sendiri di Melawati Square, hasil kolaborasi bersama GGR Motor. Melalui syarikatnya Hanania Group Sdn. Bhd., Johan menamakan cawangan ini sebagai GGR x Johan, sekali gus menandakan langkah serius beliau dalam dunia kenderaan hijau.

Majlis pelancaran dirasmikan oleh Khairy Jamaluddin (KJ) dan turut dihadiri tetamu kehormat termasuk YAM Tengku Syarif Temenggong Perlis dan Pengarah Urusan GGR Motor, Muhammad Mussaddiq (Dekmat).

“Pembukaan ni bukti komitmen kami untuk terus berkembang dan beri servis terbaik,” kata Johan. Dekmat pula mengimbas hubungan lama mereka sejak 2017, menyifatkan kerjasama ini sebagai “mimpi yang jadi kenyataan.”

Motor EV Harga Mampu Milik Motosikal elektrik GGR direka ringan, praktikal dan senyap dan sesuai untuk kegunaan bandar. Antara kelebihan
- 3 mod kelajuan (35–70km/j)
- Caj penuh dalam 6 jam
- Tiada servis enjin diperlukan
- Waranti sehingga 50,000km.
Harga asal RM3,999, tapi dengan rebat kerajaan RM2,400, harga jualan cuma sekitar RM1,569 sahaja! Rebat sah hingga Disember 2025 untuk mereka berpendapatan bawah RM100,000 setahun.

Mobiliti Hijau, Gaya Urban Johan kini jadi artis kedua sertai GGR Motor selepas Farid Kamil bukti yang mobiliti hijau bukan lagi trend sementara, tapi masa depan automotif Malaysia. GGR x Johan kini dibuka di Melawati Square.