Karnival automotif terbesar utara tanah air, Northern Festival Of Speed (NFOS), berlangsung buat pertama kali di PICCA Butterworth dari 3 hingga 5 Oktober, dengan sasaran lebih 70,000 pengunjung.

Acara anjuran Northern Speedo & Choii Motorsports bersama penaja utama PMH (Perniagaan Mazlan & Hashimah) ini gabungkan pameran automotif, gaya hidup, hiburan dan aktiviti keluarga.

Antara tarikan utama ialah pameran kereta import recond dan motosikal elektrik tempatan LION G1 GGR EV, dengan peluang test ride untuk pengunjung. Menurut CEO PMH, Izwan Mazlan, sokongan penganjuran ini adalah usaha memupuk minat generasi muda serta galakkan penggunaan teknologi hijau.

Tiga hari acara padat dengan aktiviti drift, car meet, car show, “limbo stance”, “2 step competition”, booth merchandise serta konsert artis popular termasuk XPDC, Cherpen, 53 Universe dan K.O.I.

Lebih menarik, cabutan bertuah menawarkan hadiah gempak seperti Mercedes A-Class W177 (unregister), Nissan 350Z dan Honda Civic FD. Dengan tiket masuk hanya RM15, pengunjung berpeluang pulang dengan kereta idaman.

NFOS turut mendapat sokongan pempengaruh automotif tempatan dan menarik minat peminat dari Thailand serta Singapura, menjadikannya antara festival permotoran paling besar pernah diadakan di utara Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *