Acara tahunan MotorManiac kembali untuk edisi ke-4 dengan skala yang lebih besar, lebih meriah dan lebih berpengaruh. Tahun ini, festival automotif gaya hidup ini akan berlangsung pada Sabtu, 6 September 2025 bertempat di Rooftop MyTown, Kuala Lumpur dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Rooftop Bertukar Festival Automotif

Dengan latar belakang panorama ikonik bandar raya Kuala Lumpur, lebih 600 kereta modifikasi daripada pelbagai kategori seperti JDM, Continental, Supercar dan tempatan yang bakal menghiasi rooftop ini. Ia bukan sekadar pameran, tetapi satu festival gaya hidup yang merangkumi budaya automotif, muzik, fesyen dan komuniti.

Jika edisi tahun lalu menarik sekitar 30,000 pengunjung dalam dua hari, kali ini penganjur yakin angka yang sama mampu dicapai hanya dalam satu hari penuh serta menjanjikan pengalaman padat dari pagi hingga ke tengah malam.

Hadiah Menarik Seperti Motosikal EV Menanti Pengunjung Bertuah

Antara tarikan utama MotorManiac 2025 ialah cabutan bertuah dengan hadiah motosikal elektrik (EV Bike) daripada GGR Motors. Tiga pemenang bertuah akan dipilih melalui pembelian barangan rasmi MotorManiac atau baucar Bateriku pada hari acara.

Selain itu, pengunjung juga boleh menyaksikan pelbagai aktiviti menarik termasuk:

  • King of Maniac Challenge
  • ASTRA Cup: 2-Step Competition
  • Car Limbo Contest
  • Mini Diecast Expo

Dan turut diadakan konsert hip-hop di rooftop dengan persembahan artis ternama seperti ALYPH, EEMRUN, Dann N Qrack dan 53 Universe

Di sebalik acara ini, Bateriku Sdn Bhd merupakan rakan kerjasama bersama penganjur MotorManiac dan penyedia Bantuan Tepi Jalan Tersambung nombor satu di Malaysia mengumumkan langkah penting ke pasaran antarabangsa.

Kolaborasi bersama media global seperti CarCvlT (UK), Clay Wong (Australia) dan jurugambar JDM berpengaruh dari Jepun, Tatsu Miyagawa, membuktikan MotorManiac kini berada di landasan untuk menjadi gerakan automotif bertaraf dunia.

Pengasas MotorManiac, Mikhail Faizi atau Mike, menegaskan:

“MotorManiac telah berkembang daripada perjumpaan kereta kepada festival budaya dan komuniti. Dengan sokongan rakan antarabangsa, kami yakin platform ini mampu mengangkat nama Malaysia ke pentas global.”

Tiket & Akses

Tiket masuk: RM20

Kanak-kanak bawah 12 tahun & golongan OKU: Percuma

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *