Baru-baru ini penulis saja ambil peluang untuk memandu uji Toyota Corolla Altis GR-S keluaran tahun 2023. Jika diikutkan awal Januari 2025, Toyota Corolla Altis GR-S baru telah pun dilancarkan dengan versi yang lebih dipertingkatkan daripada versi yang penulis pandu uji ini. Jadi dah keluar baru, kenapa tak terus pandu uji ? Sudah pasti ramai yang akan tanya persoalan seperti ini.

Tetapi penulis memang sengaja mohon untuk memandu uji Toyota Corolla Altis GR-S 2023 ini disebabkan ia merupakan model pertama yang diberi suntikan baru daripada kebosanan yang biasa Toyota Corolla Altis. Jika sebelum ini, Toyota Corolla Altis lebih ke arah rasa eksekutif, tetapi Toyota Malaysia telah memberikan sedikit sentuhan DNA dari GR.

Reka bentuk bampar hadapan yang lebih garang serta didatangkan dengan kit badan sekeliling. Selain itu roda aloi berukuran 18 inci dengan bewarna hitam menyerikan rasa “Sporty” pada Toyota Corolla Altis ini. Jika kebiasaanya, Toyota Corolla Altis ini mendapat jolokan nama “Kereta Aunty” , tetapi setelah disuntik sedikit dengan DNA GR, Penulis rasa ini bukan lagi sebuah “Kereta Aunty”

Ruang dalaman Toyota Corolla Altis GR-S ini nampak masih sama seperti varian-varian Toyota Corolla Altis yang lain, cuma untuk versi GR-S ini terdapat beberapa kemasan merah untuk menimbulkan rasa sporty. Selain itu terdapat butang mod pemanduan “Sport” untuk Toyota Corolla Altis GR-S ini berbanding varian lain.

Penulis sangkakan, model pengenalan GR-S ni mungkin sekadar biasa-biasa saja. Tetapi setelah memandu uji lebih kurang seminggu dengan tempoh masa yang diberikan, penulis mula rasa jatuh hati dengan pemanduan yang tenang, santai serta rasa sedikit sporty apabila mod pemanduan ditukarkan kepada mod Sport. Dan hasil pandu uji ini, penulis boleh katakan Toyota Corolla Altis GR-S ini sebuah sedan yang sedap dipandu.

Jadi dari pengalaman ini, sudah pasti membuatkan penulis rasa tidak sabar pula untuk mencuba uji Toyota Corolla Altis GR-S 2025 pula. Sebabnya untuk model keluaran 2025 ini terdapat beberapa penambahbaikan serta perubahan yang telah dipertingkatkan daripada model Toyota Corolla Altis GR-S 2023 ini.

Spesifikasi Toyota Corolla Altis GR-S 2023

– Enjin 1.8 liter

– 139ps / 172 Nm

– Kotak gear CVT

– Suspensi GR Sport

– Roda Aloi 18 inci

– Kit badan GR Sport

– Logo GR

– Kerusi sport kulit

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *