Bermaz Auto Berhad (BAuto) dengan bangganya menyertai Malaysia Autoshow 2025 dengan mempamerkan kehebatan jenama Mazda dan Kia yang dibawakan khas sempena pameran Malaysia Autoshow 2025 ini. Antara tarikan utama di bahagian Mazda ialah Mazda MX-5 Edisi Ulang Tahun ke-35, diamana ia merupakan satu penghargaan kepada model roadster ikonik yang telah mencipta sejarah dalam dunia automotif sejak ia dilancarkan.

Selain itu, pengunjung turut menjadi antara yang pertama dengan menyaksikan pratonton dua model terbaharu dari Mazda seperti Mazda CX-60 dan juga Mazda 3 Concept. Di reruai Kia, pengunjun boleh melihat dari dekat model-model terkini seperti Kia Sportage, Kia EV9 dan juga Kia Carnival. Pengunjung juga turut boleh merasai pengalaman pandu uji model-model Mazda seperti Mazda 3 dan juga Mazda CX-30, untuk Kia seperti Kia Sportage (CKD) dan juga Kia Carnival.

Turut berlangsung di rerurai Bermaz Auto di Malaysia Autoshow 2025 ini adalah pertandingan foto Mazda MX-5. Pengunjung berpeluang untuk menyertai pertandingan Foto Mazda MX-5 ini dan berpeluang untuk memenangi barangan ekslusif Mazda.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *