Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd dengan bangganya mengumumkan bahawa Nissan KICKS e-POWER telah dinobatkan sebagai Vehicle of the Year 2025 oleh DSF.my-Allianz!

Kemenangan ini membuktikan kehebatan teknologi inovatif Nissan e-POWER — gabungan pemanduan elektrik yang lancar dengan jarak perjalanan jauh sehingga 900km dengan satu tangki penuh!

“Kejayaan ini adalah hasil kerja keras seluruh pasukan kami dan membuktikan pelanggan membuat pilihan tepat dengan memilih KICKS e-POWER,” kata Tiffany Tan, Pengurus Besar Komunikasi Pemasaran.

Anugerah ini membuktikan komitmen Nissan untuk terus membawa mobiliti pintar dan lebih baik kepada pemandu di Malaysia.