Proton e.MAS 7, model EV keluaran PRO-NET (anak syarikat PROTON), mencatat kejayaan hebat dengan 1,853 unit dihantar pada suku pertama 2025, termasuk 797 unit pada bulan Mac sahaja. Ini menjadikannya EV Nombor 1 di Malaysia, dengan pegangan pasaran sebanyak 30% setakat ini!

Menurut CEO PRO-NET, Zhang Qiang, sokongan pelanggan dan rakan pengedar adalah kunci kejayaan ini. Proton e.MAS 7 direka khas untuk rakyat Malaysia dengan ciri moden dan harga mampu milik, bermula dari RM105,800. Ruang simpanan luas (33 tempat simpan!), kabin selesa, dan teknologi inovatif antara sebab utama kenapa ramai memilih EV ini.

Bateri AEGIS Short Blade yang diuji ekstrem untuk ketahanan. Tambahan pula, jarak pemanduan diuji dan sah, sesuai untuk penggunaan harian. Untuk pengguna baharu, tak perlu risau pasal pengecasan. Kini ada lebih 2,300 poin pengecasan awam seluruh Malaysia, dan 75 pengecas DC di pusat PROTON. Semua ini boleh dicari dan digunakan melalui Aplikasi Proton e.MAS, lengkap dengan peta pengecasan, bayaran mudah, dan kemas kini berterusan.

Proton juga komited untuk bina ekosistem EV yang menyeluruh – bukan sekadar jual kereta, tapi lengkap dengan servis dan sokongan. Malah, Proton e.MAS 7 dah mula tembusi pasaran antarabangsa termasuk Nepal dan tak lama lagi ke Trinidad & Tobago, sambil menjelajah rangkaian ASEAN.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *