Isuzu Malaysia nampaknya. Hari ini, mereka secara rasmi melancarkan Isuzu D-Max 2026 untuk pasaran tempatan. Fokus utama kali ini adalah memperkenalkan nadi baharu 2.2 liter Turbo. Enjin diesel 2.2L Turbo (piawaian Euro 5) bagi menggantikan unit 1.9L yang lama. Walaupun kapasiti nampak macam naik sikit saja, tapi prestasinya bukan kaleng-kaleng:

Kuasa Maksima: 163 PS @ 3,600 rpm
Tork Maksima: 400 Nm @ 1,600-2,400 rpm
Peningkatan: 8.7% lebih berkuasa berbanding enjin lama!

Lagi syok, Isuzu padankan enjin ini dengan transmisi automatik 8-kelajuan serba baharu lengkap dengan sequential shift. Di bawah ini adalah senarai spesifikasi dan harga :
D-Max 2.2L Single Cab MT 4×4 – RM103,121.20
D-Max 2.2L Single Cab AT 4×4 – RM109,121.20
D-Max 2.2L Auto Plus 4×2 – RM114,671.20
D-Max 2.2L MT Standard 4×4 – RM114,271.20
D-Max 2.2L AT Standard 4×4 – RM122,171.20
D-Max 2.2L AT Premium 4×4 – RM141,821.20
D-Max 3.0L Single Cab MT 4×4 – RM108,888.40
D-Max 3.0L AT Premium 4×4 – RM145,138.40
D-Max 3.0L AT X-Terrain 4×4 – RM162,938.40
Bukan setakat tukar jantung, rupa paras pun dikenakan grooming sekit. D-Max 2026 menerima sentuhan segar pada,Lampu utama & Jeriji hadapan yang lebih garang.Rekaan rim baharu & pemijak sisi (side step) yang lebih praktikal.

Kabin juga dinaiktaraf mengikut varian. Varian Standard kini dapat skrin infohibur 7-inci, manakala varian Auto Plus, Premium, dan X-Terrain dihidangkan dengan skrin gergasi 10-inci.

Untuk kaki off-road, korang pasti senyum sebab fungsi Rough Terrain Mode kini hadir standard untuk semua varian 4×4. Nak buka pintu belakang pun dah tak payah sado sangat sebab ada Tailgate Assist.Kalau korang nak nampak lain dari yang lain, Isuzu perkenalkan warna Inishmore Green Metallic dan Obsidian Gray Mica. Warna favourite ramai macam Mercury Silver dan Splash White masih ada dalam senarai.