Naza Eastern Motors hari ini melancarkan Suzuki Fronx Hybrid untuk pasaran Malaysia yang merupakan sebuah SUV kompak yang membawa gaya coupe, teknologi moden dan tahap keselamatan lima bintang ASEAN NCAP. Model ini juga menjadi penanda langkah serius Suzuki dalam membina semula jenamanya di Malaysia.

Fronx dibina atas platform ringan Suzuki, menampilkan gaya yang agak berbeza daripada SUV kompak kebiasaan. Antara ciri paling menonjol seperti jeriji Gril depan dengan kemasan krom, Lampu hadapan LED multi-reflector + DRL, Lampu belakang LED melintang, Skid plate depan, sisi dan belakang, Rel bumbung dan overfender untuk tampa lebih rugged serta menggunakan rim aloi 16 inci.
Dimensi Fronx ialah 3,995 mm panjang, 1,765 mm lebar, 1,550 mm tinggi, dan jarak roda 2,520 mm dimana ukurannya lebih kurang saiz SUV-B kecil, tapi dengan siluet coupe yang memberi sedikit karakter sporty. Pilihan warna turut meriah dengan kombinasi two-tone seperti Rising Orange + Cool Black dan Savanna Ivory + Cool Black.

Masuk ke dalam, Suzuki kekalkan tema praktikal tetapi moden dengan Skrin infotainment 9 inci HD dengan Apple CarPlay & Android Auto, Head-Up Display (HUD) dan memudahkan pemandu melihat titik buta semasa meletakkan kenderaan maka ia turut hadir bersama 360-degree camera. Selain itu hadir dengan rasa premium dimana stereng balut kulit dengan fungsi tilt & telescopic serta Wireless charger. Kabin dengan NVH lebih baik (Suzuki claim “high articulation index”)
Suzuki Fronx memiliki 308L ruang but + kerusi belakang 60:40. Kerusinya menggunakan rekaan tiga dimensi, dual-tone, dan lebih lembut untuk keselesaan perjalanan jauh.

Suzuki Fronx ini hadir bersama :
1.5L K15C Hybrid
103 PS @ 6,000 rpm
138 Nm @ 4,400 rpm
Transmisi 6-AT + paddle shifters
Bateri Lithium-Ion 12V-10Ah
Tangki 37L
Jangkamasa pemanduan WLTP > 700 km

Suspensi menggunakan tetapan biasa dalam segmen ini seperti topang MacPherson di depan, torsion beam di belakang dan brek depan jenis ventilated disc.
Antara ciri keselamatan aktif:
6 beg udara
ABS + EBD + Brake Assist
Hill Hold Control & ESP
Dual Sensor Brake Support II (DSBS II)
Adaptive Cruise Control
Blind Spot Monitor + Rear Cross Traffic Alert
Lane Change Assist
Lane Departure Warning & Prevention
Lane Keep Assist
High Beam Assist
Struktur badan TECT turut direka untuk lebih daya serapan hentakan. Ground clearance ialah 170 mm, agak praktikal untuk jalan Malaysia.

Harga: RM147,888 (OTR tanpa insurans)
Waranti:
3 tahun / 100,000 km (kenderaan)
5 tahun / 100,000 km (bateri hybrid)
Promosi Early Bird sehingga 31 Disember 2025:
Rebat RM4,000 ATAU
Pakej aksesori Suzuki Genuine (roof rack, roof basket, door visor) ATAU
3 tahun servis percuma
