GWM Malaysia mengumumkan dengan bangganya HAVAL H6 HEV telah menerima anuegerah rasmi dari Asean Records dengan kebolehan mencapai jarak perbatuan sejauh 1,242 KM dengan hanya satu tangki penuh. HAVAL H6 HEV ini merupakan SUV Hibrid yang mampu mencapai jarak pemanduan terpanjang dalam keadaan pemanduan sebenar.

” Ini bukan sekadar pencapaian teknikal, tetapi pengiktirafan dunia sebenar terhadap keupayaan HAVAL H6 HEV dalam membawa rakyat Malaysia lebih jauh.” kata Cui Anqi, Pengarah Urusan GWM Malaysia. “Ia mencerminkan inti pati arah baharu kami dan mempertingkatkan pengalaman pemanduan harian menerusi inovasi yang telah terbukti”

Seramai 38 pemilik HAVAL H6 HEV menyertai cabaran daya tahan bahan api peringkat kebangsaan, telah berjaya melepasi jarak 1,000 km, dengan jarak paling jauh yang disahkan mencecah 1,242 KM dalam satu tangki penuh. Dengan pengiktirafan ASEAN ini juga turut mengukuhkan perubahan fokus daripada kecekapan bahan api tradisional kepada ketahanan bahan api yang sebenar. Rakyat Malaysia juga kini menginginkan lebih daripada sekadar penjimatan, di masa yang sama juga menuntut jarak pemanduan yang lebih jauh serta kebolehpercayaan dan keyakinan di jalan raya.

Sempena kejayaan mencipta rekod ini, GWM Malaysia telah memperkenalkan slogan baharu untuk HAVAL H6 HEV “Elevate Your Everyday”. Dengan pencapaian ini HAVAL H6 HEV bukan sekadar hibrid bijak, ia juga terbukti sebagai sebuah kenderaan pemecah rekod dan sedia untuk “Elevate Your Everyday”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *