Pusingan pertama Vios Challenge 2025 menyaksikan perlumbaan sengit apabila barisan pelumba muda berjaya mengatasi ramai pelumba berpengalaman.

Sebanyak 36 pelumba dari Malaysia, Thailand dan Singapura bertanding dalam tiga kategori iaitu:

Super Sporting untuk pelumba profesional

Sporting untuk pelumba amatur

Rookie untuk pelumba muda bawah program pembangunan Toyota GAZOO Racing Malaysia.

Dalam Kelas Sporting, Dato’ Ken Foo dari Kulim Topwheels memulakan perlumbaan dengan baik dari petak utama, namun hanya mampu mempertahankan kedudukan teratas selama tiga pusingan sebelum diasak hebat oleh pelumba muda seperti Elson Lew, Brandon Ho, Mika Hakimi, Adam Mikail, Raja Amirul Syauqat, Taj Izrin Aiman dan Monai dari Thailand.

Elson Lew akhirnya memenangi perlumbaan diikuti Taj Izrin di tempat kedua. Walaupun Brandon Ho sempat menduduki tempat ketiga, dia dikenakan penalti selepas perlumbaan dan tempat tersebut diserahkan kepada Monai dari Thailand.

“Saya cuma cuba konsisten dan tunggu peluang,” kata Elson. Taj Izrin pula teruja dengan dua podium dalam perlumbaan pertamanya di kejohanan ini.

Dalam Kelas Super Sporting pula, bekas juara Mitchell Cheah dari Prima Pearl TD Racing menjuarai perlumbaan selepas mendaki dari kedudukan kelapan. Nabil Azlan dari Wheelcorp menduduki tempat kedua, dan Eddie Lew dari Laser Motor Racing di tempat ketiga.

Cheah berkata, “Kami hadapi masalah teknikal dalam Race 1, tetapi syukur semuanya dipulihkan untuk Race 2. Saya mahu cuba rebut kejuaraan keseluruhan tahun ini!”

Untuk Kelas Rookie, pelumba simulator Ian James menunjukkan kehebatan apabila menang dengan jarak lebih 13 saat di hadapan pelumba karting Aydan Khaliq. Genevieve Ooi pula menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, kejayaan manis selepas mengalami kesukaran dalam perlumbaan pertama.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *