BYD Malaysia hari ini membuka tirai 2025 dengan pelancaran rasmi sedan elektrik Seal versi naik taraf, dan sekaligus mengumumkan pelan besar mereka untuk membangunkan fasiliti CKD di Tanjung Malim.

BYD Seal 2025 hadir dalam dua pilihan seperti varian Premium dan Performance. Yang masing-masing dengan pakej kuasa dan teknologi tersendiri:

Seal Premium
- Motor elektrik pacuan belakang
- 313 PS / 360 Nm
- Pek bateri 82.56 kWh
- Jarak pandu: 650 km (NEDC)
Seal Performance
- Dua motor elektrik, pacuan semua roda
- 530 PS / 670 Nm
- 0–100 km/j: 3.8 saat
- Bateri sama (82.56 kWh), jarak pandu: 580 km
Angka kuasa ini meletakkan Seal di liga tersendiri, malah varian Performance memberi saingan terus kepada sedan EV premium dari Jerman, tetapi pada harga jauh lebih masuk akal.

BYD Seal 2025 ini memiliki Suspensi Pintar & Rekaan Sporti dimana BYD tidak sekadar ‘letak motor jalan’. Seal 2025 dibina dengan pakej casis yang serius:
- Suspensi hadapan jenis double wishbone, belakang multi-link.
- Premium: Penyerap hentak Frequency Selective Damping (FSD) dimana ia mampu meimbang antara kawalan & keselesaan.
- Performance: Sistem suspensi pintar DiSus-C lebih canggih, lebih responsif.

Kedua-dua varian hadir dengan rim aloi 19 inci rekaan baharu, tirai bumbung suria elektrik, akses tanpa kunci, serta perincian premium lain. Untuk lebih garang, varian Performance turut dilengkapi angkup brek merah.

Seal 2025 ditawarkan dalam 4 pilihan warna seperti Aurora White, Atlantis Grey, Cosmos Black dan warna baharu Shark Grey.
- Premium: RM179,800
- Performance: RM199,800
300 pembeli terawal akan menikmati pakej promosi RM10,888 termasuk pengecas dinding percuma, pakej servis, dan rebat khas.

Yang lebih menarik, BYD turut mengumumkan rancangan besar mereka untuk membina kilang pemasangan CKD yang bertempat di Tanjung Malim. Dengan keluasan 600,000 meter persegi dan bakal beroperasi pada tahun 2026. Ini bukti Malaysia bukan lagi sekadar pasaran jualan, tapi menjadi hab strategik BYD di Asia Tenggara.

Pada masa sama, BYD Sime Motors turut merasmikan pembukaan pusat 3S terbesar Malaysia di Balakong, dikendalikan Wing Hin Ventures. Dengan keluasan 3,360 meter persegi (ruang pameran 2 tingkat, 10 ruang servis, dan 1,514 meter persegi selepas jualan), pusat ini menambah rangkaian BYD kepada 36 outlet seluruh negara.