Mercedes-Benz Malaysia melancarkan dua model baharu di bawah jenama prestasi AMG, iaitu Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé dan Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition. Kedua-dua model ini menampilkan DNA AMG yang sinonim dengan kuasa, ketepatan dan dinamik pemanduan.
Menurut Nadia Trimmel, Naib Presiden Pemasaran & Jualan Mercedes-Benz Malaysia, model baharu ini melengkapkan barisan AMG dengan gabungan prestasi bertenaga, gaya berkeyakinan serta keselesaan sebenar.

Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé merupakan coupé dua pintu yang menggabungkan kelincahan C-Class dengan ruang dan status E-Class. Hadir dengan enjin 3.0L enjin enam sebaris dengan pengecas turbo + electric additional compressor. Enjin ini menghasilkan Output 449 hp / 560 Nm (Overboost: 600 Nm selama 12 saat) dan turut memiliki Integrated Starter Generator: +23 hp & 205 Nm tambahan.

Model ini dilengkapkan bersama transmisi AMG SPEEDSHIFT TCT 9G dan sistem kawalan AMG Performance 4MATIC+. Untuk Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé ini berkebolehan mencapai kelajuan maksima: 250 km/j (270 km/j dengan AMG Driver’s Package)
Rekaan Luar Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé tampil dengan Rekaan badan lebih lebar: +58 mm depan, +75 mm belakang serta rupa hadapan dengan konsep rekaan “Shark Nose” bersama jeriji radiator AMG Panamericana. Lampu utama menggunakan DIGITAL LIGHT dengan fungsi Highbeam Assist Plus.

Dilengkapkan bersama roda aloi AMG Y-Spoke berukuran 20 inci bersama angkup brek merah. Untuk tambah seri pakej opsyen seperti AMG Night Package, Night Package II, dan Carbon-Fibre Package.

Ruang dalaman Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé dilengkapkan bersama paparan digital 12.3-inci kluster untuk pemandu manakala infotaimen 11.9-inci skrin tengah potret bersama Sistem bunyi Burmester® 3D surround. Semestinya hadir bersama tempat duduk AMG Performance dengan kombinasi ARTICO/MICROCUT & jahitan kontras merah. Untuk memberikan kawalan kepada pemandu, Stereng AMG Nappa leather dengan butang kawalan AMG.

Pemandu juga dapat mengakses kepada AMG TRACK PACE untuk telemetri & analisis litar melalui unit kluster. Ambient lighting 64 warna & Head-Up Display turut hadir pada model ini.
Dari segi dinamik pemanduan, Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé hadir bersama sistem AMG DYNAMIC SELECT (Slippery, Comfort, Sport, Sport+, Individual), selain itu AMG RIDE CONTROL suspension dengan 3 tahap penyerap hentak (Comfort, Sport, Sport+). model ini juga turut dilengkapkan bersama Rear-axle steering sehingga 2.5 darjah untuk kelincahan maksimum. Untuk menjadikan Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé ini lebih menarik, terdapat opsyen pakej AMG DYNAMIC PLUS dengan mod RACE & Drift Mode.

Model kedua Mercedes-AMG yang turut dilancarkan adalah Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition. Sebagai pelengkap pelancaran, Mercedes-Benz turut memperkenalkan CLA 45 S Coupé Final Edition. Model ini hadir dengan kelengkapan eksklusif yang menonjolkan karakter uniknya, sekaligus menutup tirai generasi CLA AMG dengan penuh bergaya.

CLA 45 S Final Edition dibezakan melalui AMG Night Package II, yang menampilkan kemasan black chrome pada gril radiator AMG, jalur serta lencana. Ia memberi penampilan lebih agresif dan premium. Model ini turut ditawarkan dengan dua pilihan warna eksklusif MANUFAKTUR seperti : Alpine Grey Solid serta Patagonia Red MetallicSebagai sentuhan unik, penutup tangki minyak hadir dalam krom perak dengan tulisan “AMG” serta aksen hitam kontras, menyerlahkan statusnya sebagai model edisi khas.

Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition ini dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbocharged empat silinder paling berkuasa di dunia untuk produksi bersiri dengan menghasilkan output: 421 hp sekitar 6,750 rpm dan jumlah Tork: 500 Nm pada 5,000 – 5,250 rpm. Model ini mampu memecut 0–100 km/j 4.1 saat dan mampu mencapai kelajuan maksima 270 km/j. Enjin ini digandingkan dengan sistem AMG Performance 4MATIC+ pacuan semua roda sepenuhnya boleh ubah, menjanjikan pemanduan lincah dan stabil di pelbagai kondisi.

Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé RM 722,888
Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition RM 538,888