Chery Malaysia secara rasmi melancarkan Chery 05 Facelift 2025 untuk pasaran tempatan dengan harga bermula RM116,800 atas jalan tanpa insurans. SUV segmen-C ini kini tampil lebih segar dengan naik taraf mekanikal, teknologi terkini dan pakej pelancaran yang agak lumayan.

Di bawah bonet, Chery 05 masih menggunakan enjin 1.5L turbo dengan kuasa 156 PS dan 230 Nm, tetapi kali ini transmisi CVT lama diganti dengan kotak gear DCT 6-kelajuan. Lebih sporty, lebih responsif.

Chery turut menambah tiga mod pemanduan (Eco, Normal, Sport), sementara suspensi belakang kini pakai tetapan multi-link untuk memberi keselesaan lebih baik, kestabilan lebih yakin dan kawalan lebih tajam ketika membelok.

Bahasa rekaan Chery terkini jelas pada facelift ini. Dengan rekaan lebih segar dan lebih garang jeriji Pixel Diamond serta kehadiran lampu siang LED bentuk anak panah dengan signal sequential. Perubahan lain pula seperti rekaan roda aloi lebih segar dengan berukuran 18 inci bewarna hitam berkilat.

Masuk ke dalam Chery 05 ini, ruang kabin terasa mewah dengan paparan skrin berkembar 20.5 inci + Apple CarPlay/Android Auto tanpa wayar. Selain itu sistem audio Sony 8 speaker serta terdapat lampu suasana dengan pilihan 64 warna. Bumbung suria elektrik turut ditawarkan sebagai standard. Untuk tampil rasa premium, kusyen depan berpengudaraan & larasan elektrik (pemandu 6 tahap, penumpang depan 4 tahap). Selain itu Chery 05 juga memiliki storan sejuk di bawah armrest. Ruang kargo Chery 05 ini seluas 442 liter (tambahan 70), cukup luas untuk kegunaan keluarga.

Chery 05 facelift juga lengkap dengan pakej keselamatan moden termasuk ADAS 2.0 dan meliputi

  • Kamera panorama 540°
  • ACC, AEB, FCW, BSD, RCTA
  • TPMS (monitor tekanan tayar)

Chery 05 juga kini ditawarkan dengan empat pilihan warna seperti: Carbon Black, Phantom Grey, Khaki White, dan Blood Stone Red.

Chery Malaysia juga sertakan pakej pelancaran:

  • Servis 3 tahun percuma (RM4,000)
  • Jaminan 10 tahun / 1 juta km (RM2,000)
  • Ansuran serendah RM990/bulan dengan Maybank

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *