Selepas kejayaan bZ4X, UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan pula Toyota Urban Cruiser. SUV segmen-B elektrik sepenuhnya ini dibawa khas (CBU) untuk memenuhi keperluan warga kota yang mahukan kenderaan tanpa emisi yang sofistikated, praktikal, dan premium.

Urban Cruiser tampil dengan identiti moden yang sangat ketara:
- Wajah Hammerhead: Lampu depan LED nipis dengan U-shaped garnish yang nampak garang.
- Lampu Belakang LED: Melintang penuh merentasi pintu belakang, nampak lebar dan mewah.
- Saiz Kompak, Ruang Luas: Panjang 4,285mm – sangat senang nak cilok dan parking kat celah-celah bandar.
- Rim 18-Inci: Reka bentuk aerodinamik untuk memaksimumkan jarak pemanduan.
Dibina atas platform khas BEV, Urban Cruiser menggunakan teknologi bateri yang lebih tahan lama: - Kapasiti Bateri: 61.1 kWh (Jenis Lithium-iron Phosphate – lebih selamat & tahan lama).
- Jarak Gerak: Sehingga 426 km (sekali cas penuh).
- Kuasa: 128 kW (174 PS) & tork 193 Nm.
- Pengecasan Pantas (DC): 15% ke 80% dalam masa 50 minit.
- Pengecasan AC (7kW): Cas penuh dalam masa 9.5 jam.
- Mod ‘My Room’: Anda boleh rehat dalam kereta dengan aircond dan radio terpasang sementara tengah cas bateri!
Kabin Urban Cruiser direka untuk keselesaan pemanduan harian: - Dwi-Skrin Digital: Panel instrumen 10.25-inci & skrin multimedia HD 10.1-inci.
- Apple CarPlay & Android Auto: Sambungan smartphone yang lancar.
- Audio Premium JBL: Sistem bunyi berkualiti tinggi sebagai standard.
- Ambient Lighting: 12 pilihan warna dengan 7 tahap kecerahan mengikut mood anda.
- Tempat Duduk Fleksibel: Kerusi belakang boleh gelongsor dan lipat 40:20:40 (Kapasiti kargo sehingga 562 liter!).
Walaupun kompak, ia dilengkapi sistem keselamatan gred tinggi: - Adaptive Cruise Control (ACC) dengan Stop & Go: Kereta boleh ikut kelajuan kenderaan depan sampai berhenti, dan jalan semula secara automatik.
- Adaptive High Beam (AHS): Lampu tinggi yang bijak—tak menyilaukan pemandu depan tapi tetap terang.
- Kamera 360-Darjah: Pandangan bird’s eye dan 3D untuk mudahkan parkir di ruang sempit.
- 7 Beg Udara SRS: Termasuk perlindungan struktur khas untuk pek bateri jika berlaku pelanggaran.
Urban Cruiser hadir dengan 4 warna menarik: Pearl Arctic White, Pearl Bluish Black, Grandeur Grey, dan Land Breeze Green.
Sokongan Selepas Jualan: - Waranti Kenderaan: 5 Tahun (Tanpa had perbatuan).
- Waranti Bateri & EV Drivetrain: 8 Tahun (Tanpa had perbatuan).
- Alat Ganti Sah: Jaminan sokongan penuh melalui rangkaian servis Toyota di seluruh Malaysia.
Harga untuk Toyota Urban Cruiser Rm 198,000






