Honda Malaysia terus memperkukuh kedudukan dalam segmen mobiliti elektrifikasi apabila memperkenalkan kempen baharu dikenali sebagai “Hybrid Done Right”, sekali gus menandakan hala tuju baharu jenama itu dalam menawarkan gabungan prestasi, kecekapan serta kebolehpercayaan teknologi hibrid kepada pengguna tempatan.


Serentak dengan pengumuman tersebut, Honda turut membuka tempahan untuk All-New Honda Prelude, model sports coupe hibrid yang dijadualkan dilancarkan secara rasmi pada suku kedua (Q2) 2026. Menurut Honda Malaysia, sistem hibrid e:HEV dibangunkan berasaskan lebih dua dekad pengalaman teknologi hibrid Honda di peringkat global. Sistem ini direka untuk memberikan keseimbangan antara:


– Prestasi pemanduan responsif
– Kecekapan penggunaan bahan api
-Kebolehpercayaan jangka panjang


Melalui operasi pintar yang menukar secara automatik antara mod elektrik, hibrid dan enjin, sistem ini mampu mengoptimumkan prestasi mengikut keadaan pemanduan sebenar.


Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Narushi Yazaki, menjelaskan bahawa elektrifikasi tidak sepatutnya mengorbankan keseronokan memandu dengan sesuatu yang kekal menjadi DNA utama Honda. Model Honda yang kini ditawarkan dengan rangkaian kuasa e:HEV termasuk:
– Honda City e:HEV
– City Hatchback e:HEV
– HR-V e:HEV
-Civic e:HEV
– CR-V e:HEV


Kempen ini berlangsung dari 1 April hingga 30 Jun 2026, menawarkan beberapa manfaat menarik kepada pelanggan:


✅ Rebat tunai tambahan RM2,000 untuk pembelian model e:HEV
✅ Servis upah percuma selama dua tahun pertama
✅ Peluang memenangi pengalaman memandu All-New Prelude selama seminggu


Pemilik Honda Hybrid sedia ada juga boleh menyertai pertandingan perkongsian penggunaan minyak sebenar di media sosial, dengan hadiah pakej servis percuma selama setahun.


Kembalinya nama Prelude menjadi antara pengumuman paling besar tahun ini. Model baharu ini merupakan, Sports coupe hibrid e:HEV pertama dalam sejarah Honda Malaysia. Ia turut memperkenalkan teknologi baharu S+ Shift, pertama kali ditawarkan dalam barisan model Honda tempatan.


– S+ Shift: Simulasi penukaran gear untuk pengalaman lebih sporty
– S+ Shift digabungkan bersama sistem Active Sound Control bagi menghasilkan pengalaman pemanduan lebih imersif melalui:
– Simulasi penukaran gear
– Respons enjin lebih pantas
– Maklum balas pemanduan multi-deria
– Kawalan throttle lebih tajam


Fungsi Shift Hold pula membantu kereta mengekalkan garis pemanduan dengan lebih tepat, terutama ketika pemanduan dinamik. Enjin 2.0L e:HEV menghasilkan kuasa184 PS dan 315 Nm tork. Gabungan enjin dan dua motor elektrik memberikan pecutan segera serta penghantaran kuasa linear.


Dari segi dimensi, Prelude baharu ini hadir dengan ukuran:
– Panjang: 4,522 mm
– Lebar: 1,880 mm
– Tinggi: 1,355 mm
-Jarak roda: 2,605 mm


Antara elemen rekaan utama termasuk:
– Roofline aerodinamik dengan laser brazing
– Flush door handles
– Gril Black Chrome
– Aksen biru khas model hibrid
– Lampu LED penuh depan & belakang
-Active Cornering Lights
Imej sporty diperkukuh dengan rim aluminium 19 inci bersama sistem brek Brembo berprestasi tinggi.


Dari sudut keselamatan, All-New Prelude dilengkapi pakej Honda SENSING, termasuk:
– Blind Spot Information (BSI)
– Cross Traffic Monitor (CTM)
Ciri ini meningkatkan tahap kesedaran pemandu serta keyakinan ketika memandu.

Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan awal melalui laman web rasmi Honda Malaysia atau mengunjungi pengedar sah Honda di seluruh negara.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *